Mula hanya suka-suka ikut datuk, Ajak ‘touching’ anak 12 tahun minat urus jenazah... Harap dapat bacakan talkin bila meninggal nanti
Ajak Shiro menyokong penuh minat anak sulungnya iaitu Jad Thaqif, 12, dalam bidang pengurusan jenazah.
Kata Ajak, dia bersyukur anak lelakinya itu mampu melaksanakan fardhu kifayah itu dengan baik.
Ditanya bagaimana minat itu mula timbul, penyampai radio Suria FM ini berkata Jad mula tertarik mengenai pengurusan jenazah apabila sering mengikuti datuknya melakukan tugasan itu di kampung.
“Dia terlibat dengan pengurusan jenazah sebab keluarga mentua ada uruskan jenazah di Kluang, Johor.
“Pada awalnya dia hanya ikut suka-suka nak temankan datuknya, sampailah sekarang ni dia dah berani uruskan jenazah.
“Saya harapkan bila saya pergi esok saya harapkan anak saya dapat bacakan talkin untuk saya,” katanya kepada mStar.
Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI
bagus tu... at least content ni mengikatkan kita tengtang mati.. bukan mcm sepecies retis batak, beli keta cikai merc seken untuk anak pun sibuk nak up kat socmed
batak giler,... mcm tak penah naik keta ke apa? merc je pun.. kat germany buat jadi teksi jahhhh