SIPUT babi gergasi itu mampu membesar sehingga 20.32 sentimeter (cm) seperti seekor tikus. - AFP
TALLAHASSEE: Pihak berkuasa Florida melaksanakan kuarantin di seluruh bandar susulan penemuan siput babi gergasi yang boleh membesar sehingga 20.32 sentimeter (cm) seperti tikus.
Memetik laporan Daily Mail, haiwan dari kelas gastropoda yang berasal dari Afrika itu, dikesan membawa parasit lungworm yang menyebabkan meningitis pada manusia.
Menurut laporan, pihak berkuasa mengenakan kuarantin berkenaan selama dua tahun.
Bagaimanapun, dalam tempoh kuarantin itu, penduduk hanya dilarang untuk memindahkan tumbuhan, tanah, sisa halaman, serpihan, baja dan bahan binaan di luar kawasan zon.
Jabatan Pertanian dan Perkhidmatan Pengguna Florida (FDACS) mengesahkan siput itu ditemukan di bandar Port Richey, utara Tampa pada 23 Jun lalu.
Malah, jelas agensi itu, kawasan berkenaan sudah dilaksanakan kuarantin pada keesokan harinya.
Siput itu juga dikesan merosakkan alam sekitar, menjejaskan lebih 500 pelbagai tumbuhan dan konkrit yang mampu membahayakan infrastruktur.
Sementara itu, menurut Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (AS), siput darat pertama kali dikesan di selatan Florida pada tahun 1960-an.
Jelas jabatan itu, pihaknya membelanjakan kira-kira AS$1 juta (RM4.40 juta) dan mengambil masa hampir 10 tahun untuk menghapuskan serangga perosak di kawasan tersebut.
Katanya, siput itu membiak dengan cepat dan mampu menghasilkan kira-kira 1,200 telur dalam setahun.
“Setiap siput mempunyai kedua-dua organ pembiakan jantan dan betina.
“Selepas proses pengawanan sekali sahaja, setiap siput boleh menghasilkan 100 hingga 500 biji telur.
“Malah, siput ini boleh membiak beberapa kali tanpa mengawan lagi. Serangga itu mampu menghasilkan telur setiap dua hingga tiga bulan,” jelas jabatan itu.
Tambah kenyataan itu, siput berkenaan sukar dimusnahkan memandangkan ia tidak mempunyai sebarang pemangsa semulajadi.
Post time 5-7-2022 08:21 AMFrom the mobile phone|Show all posts
ultra78 replied at 4-7-2022 11:20 PM
Di Malaysia ni kalau orang makan siput babi,nanti harga siput babi pun naik jugak.
Somewhere kat internet ai pernah baca dulu2 ummah kokesen tak makan kepak ayam. Mereka buang2 saja. Tapi bila meka tengok ummah Black makan kepak ayam dan rasa sundri betapa lezatnya kepak ayam goreng, meka pun mula consume kepak ayam dan itu menyebabkan harga kepak ayam paling mahal berbanding parts lain.
dekat mandarin oriental under restoran "Mandarin Grill" tu sometimes ada hidang escargot... tp kena tengok theme bulanan dia la.. kalo dia mention french cuisine month, ada laa hidangan ni
just saying if you're interested...
kalo aku takpe lah... NO THANK YOU.. aku lagi rela kunyah ulat sago BBQ tu dari siput babi walau bernama french escaargot kegemaran jah kubis ni