View: 787|Reply: 7
|
[Tempatan]
Menu Keluarga Malaysia di kafeteria IPT, restoran koperasi
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperkenalkan 'Menu Keluarga Malaysia' di restoran koperasi, kafeteria serta premis jualan makanan di institusi pengajian tinggi (IPT) sebagai alternatif bagi golongan sasar mendapatkan hidangan pada harga berpatutan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata 'Menu Keluarga Malaysia' itu membabitkan hidangan pagi, tengah hari dan malam.
Mengulas lanjut, katanya, kerajaan juga akan memperhebat Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) membabitkan jualan barangan keperluan asas pada harga yang lebih murah dengan turut meluaskannya ke IPT di seluruh negara.
"Kerajaan sentiasa mendengar keluhan Keluarga Malaysia dan berusaha untuk memastikan cabaran kos sara hidup dapat dihadapi dengan sebaik mungkin.
"Sehubungan itu, kerajaan akan memperkenalkan 'Menu Keluarga Malaysia' di restoran koperasi, kafeteria serta premis jualan makanan di institusi pengajian tinggi (IPT) sebagai alternatif bagi mendapatkan hidangan pada hadga berpatutan," katanya melalui kenyataan, di sini hari ini.
Terdahulu, Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara (NACCOL).
Pada masa sama, Ismail Sabri berkata, PJKM akan diadakan sepanjang masa membabitkan kerjasama strategik bersama Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
"Program yang akan diterajui bersama KPDNHEP, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Kementerian Usahawan dan Koperasi serta Kementerian Wilayah Persekutuan ini turut dilaksanakan dalam konsep bergerak," katanya.
PJKM diperkenalkan kerajaan sejak 2 Disember tahun lalu dengan menawarkan barangan asas lebih murah antara 30 hingga 50 peratus.
Sebelum ini, jualan itu diadakan dua kali sebulan di seluruh negara dengan tumpuan PJKM di kawasan penduduk B40 dan M40 di seluruh negara.
PJKM merekodkan hasil jualan mencecah RM54.54 juta sejak dilancarkan dan ia mendapat sambutan pelbagai pihak dengan menerima seramai 2.796 juta pengunjung, sebelum ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
jngn asyik makan kepsi dan mekdi je
makin gemuk gedempol sekor2
student buat cara student
jimat2 sikit duit
dah la ijazah pun subsidi
ada hati nak berdemo turun ke jalan raya
tak malu ke??
tak malu dengan friska???
 |
|
|
|
|
|
|
|
SonicSiLandak replied at 4-7-2022 08:03 PM
jngn asyik makan kepsi dan mekdi je
makin gemuk gedempol sekor2
Sendiri komen sendiri reply.. cai Umngok yg bongok. Sad! |
|
|
|
|
|
|
|
bapok PKNS mana bkk multinick letak perkataan taik ni??
tau la keje ngn bangsa tak cebok berak
tauuuuuuuuuu

|
|
|
|
|
|
|
|
Pelajar ipta ke ipts order je la nasi bajet/nasi bujang.
Ni tgk mencekik siang malam makan nasi..tak cukup lagi air kopi hipster..tgh malam kang cari burger 
Pastu ngomel duit ptptn tk cukup.. hurmm |
|
|
|
|
|
|
|
dah tu badan gemuk2 pulak tu kn kis?

|
|
|
|
|
|
|
|
Harga lunch kat cafe uni adik i cakap rm10..
Tu pun da amik lauk basic je dgn air..
Mmg la student kne jimat..
Tapi time i 10 tahun dulu dpt la jugak rm5 utk lunch, lauk n air..
Tu belum rumah sewa kalau duduk luar..
Masak sendiri pun barang basah harga dua atau tiga ganda dari harga 5 tahun dulu..
|
|
|
|
|
|
|
|
dekat utm jb murah lg. ayam + sayur baru rm6, ayam goreng besar |
|
|
|
|
|
|
| |
|