CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 998|Reply: 12

[Tempatan] Pesawat tempur India dilaporkan jadi pilihan utama Malaysia

[Copy link]
Post time 5-7-2022 01:34 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 4-7-2022 09:36 AM

Pesawat tempur India dilaporkan jadi pilihan utama Malaysia

[size=14.399999618530273px]Julai 4, 2022 @ 4:50pm

[url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url]




(Gambar fail) Pesawat tempur Tejas - FOTO AFP



NEW DELHI: Pesawat tempur ringan India, Tejas, dilaporkan menjadi pilihan utama Malaysia bagi menggantikan jet pejuangnya yang sudah lama.
The Indian Express melaporkan, kedua-dua negara sedang mengadakan rundingan berhubung perolehan berkenaan.

Menurut laporan itu, Pengerusi dan Pengarah Urusan Hindustan Aeronautics Limited (HAL), R Madhavan dalam satu wawancara dengan PTI, berkata Malaysia mengecilkan skop pilihan kepada pesawat India walaupun terdapat persaingan sengit daripada jet JF-17 (China), FA-50 (Korea Selatan) dan Mig-35 serta Yak-130 (Russia).

Sebagai sebahagian daripada pakej itu, India turut menawarkan untuk menyediakan kemudahan menyelenggara, membaiki dan membaik pulih (MRO) di Malaysia bagi pesawat pejuang Su-30 buatan Russia, selepas ia berdepan kesukaran untuk mendapatkan alat gantinya dari negara berkenaan susulan sekatan dikenakan Barat terhadap Moscow.

"Saya sangat yakin mengenainya, melainkan ada berlaku peralihan politik," kata Madhavan ketika ditanya sama ada perjanjian itu akan dimuktamadkan tidak lama lagi.

Eksekutif tertinggi syarikat dikendalikan kerajaan itu berkata, jika perjanjian berkenaan dimeterai, ia akan memberi 'isyarat amat baik' kepada bakal pembeli pesawat yang lain serta meningkatkan potensi eksportnya secara keseluruhan.

"Ia (rundingan) hampir peringkat akhir. Kita adalah satu-satunya negara yang menawarkan sokongan untuk pesawat Su-30 mereka berikutan selain Russia, kita adalah satu-satunya negara yang boleh memberi sokongan diperlukan mereka untuk pesawat Sukhoi," kata Madhavan.

Satu rombongan membabitkan pakar dan pegawai atasan dijangka melawat India tidak lama lagi berhubung proses perolehan terbabit.

Malaysia sedang membuat perolehan bagi menggantikan pesawat pejuang MiG-29 buatan Russia yang sudah lama. Bagaimanapun, jumlah pesawat terbabit dalam perolehan itu tidak dapat dipastikan, setakat ini. - AGENSI






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2022 07:26 AM | Show all posts
Boleh la asal india terus menerus membeli minyak sawit malaysia..
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 09:29 AM | Show all posts
kenapa malaysia asyik nak import ja..??? baja ayam pun import..
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 11:09 AM | Show all posts
tejas ni xde rekod pertempuran pun
xmacam JF 17 pukistan

makin kebangga la anney malaysia fefeeling suci
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 11:56 AM | Show all posts
Hadoi ler asal tukar je ker macam mana
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Pesawat tempur bau kari.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2022 11:59 AM | Show all posts
Weh camne kalau terbelaku perang, sparepart semua takde??
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 12:28 PM | Show all posts
AbukRokok replied at 5-7-2022 03:09 AM
tejas ni xde rekod pertempuran pun
xmacam JF 17 pukistan

Tejas ni lightweight battle macam kat Sulu tempoh hari.
kalau tempur kat tanah lapang atau hutan terus gugur bom
cuma kualiti enjin tu la nak kena pertikai.
takut bila in battle tak boleh nak flight.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2022 12:33 PM | Show all posts
Simunggu replied at 5-7-2022 01:29 AM
kenapa malaysia asyik nak import ja..??? baja ayam pun import..

sekali pakej india bagi servis SU-30mkm .tapi Rusia kena banned dengan Amerika
celah mana India dapat sparepart ?
melainkan India langgar arahan Amerika.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 12:39 PM | Show all posts

hari tu ATM ( TLDM TUDM ) ada buat exercise.asset semua keluar la cuma bila bab jet tu i dah pelik
kenapa SuperHornet f18 yang keluar ?
mana Sukhoi ?
rupanya kita mmg betul2 boleh guna F18 je buat masa sekarnag
Sukhoi tengah masalah sparepart .
Pendek cerita ruang udara kita sekarang ni mmg tak siap-sedia.

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 01:08 PM | Show all posts

bau bawang la lin

kang beli dari china kang bau taik kering lak


Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 01:09 PM | Show all posts
hebat Malaysia

selalu membantu ekonomi negara2 bangsa etis yang mundur tamadun mereka

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 02:38 PM | Show all posts
India yg hauk tu pun mampu produce,ekspot  kapatebang..Msia yg fefeeling negara maju cuma reti eksport sawit je lah smpai ajm..smpai habis hutan kena gondol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 09:33 PM GMT+8 , Processed in 0.066630 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list