CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 663|Reply: 6

[Politik] Lagi gesaan VVIP dipotong elaun kali ini dari Pemuda UMNO. Terkezut?

[Copy link]
Post time 5-7-2022 12:10 PM | Show all posts |Read mode
Pemuda Umno menyokong gesaan agar elaun menteri, timbalan menteri, pengerusi MPN dan duta-duta khas bertaraf menteri wajar dipotong ketika rakyat sedang kesempitan berdepan dengan kenaikan harga yang berleluasa.

Ketuanya, Asyraf Wajdi Dusuki, juga menyuarakan bantahan dengan cadangan menambah anggota Kabinet seperti yang dituntut oleh parti seterunya, Bersatu.

"Di kala rakyat tengah susah dan gelisah hadapi kenaikan harga barang yang mendadak naik, kantong kerajaan yang menipis hingga pelbagai subsidi untuk rakyat hendak dikaji balik, seharusnya tuntutan untuk menambah lagi jawatan menteri Kabinet tidak harus timbul.

"Malah untuk menzahirkan solidariti bersama rakyat yang sedang kesempitan, elaun-elaun menteri, timbalan menteri, pengerusi MPN, duta-duta khas bertaraf menteri wajar dipotong," katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) adalah Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin. Umno sedang melobi agar majlis itu dibubarkan.

Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan, dalam satu kenyataan hari ini, mendakwa Muhyiddin tidak pernahy menerima sebarang imbuhan sebagai pengerusi MPN.

Asyraf kini sehaluan dengan kem Zahid dalam Umno, yang berselisih dengan menteri-menteri lantikan parti itu.

Kenyataan Asyraf yang menyebut duta-duta khas bertaraf menteri juga adalah ketara, kerana Presiden PAS Abdul Hadi Awang memegang jawatan sebagai duta ke Timur Tengah.

Hadi dan puak-puaknya dalam PAS kini bertelagah besar dengan Umno.


Sebelum ini, pelbagai kumpulan - termasuk pembangkang - membantah kenaikan kos sara hidup dan menuntut pemotongan gaji mereka dibuat.

Bagaimanapun, Menteri Pembangunan Luar Bandar Mahdzir Khalid berkata pemotongan gaji kabinet tidak akan menyelesaikan masalah.

Kerajaan telah menubuhkan pasukan petugas untuk menangani inflasi dan berusaha untuk mengimbangi pemotongan subsidi dengan pemindahan tunai terus kepada kumpulan sasar.

"Ini bukan masanya untuk menuntut jawatan timbalan perdana menteri ataupun menambah lagi menteri baru.

“Cukuplah jumlah yang ada sekarang dengan rekod jumlah menteri terbesar dalam sejarah Malaysia,” kata Asyraf.

Dua hari lalu, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengesahkan pertemuannya dengan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob bagi membincangkan lantikan jawatan baru termasuk jawatan timbalan perdana menteri.

Katanya, beberapa perkara penting telah dibangkitkan dalam pertemuan tersebut berlandaskan kandungan perjanjian antara Perikatan Nasional (PN) dan perdana menteri.

"Saya dah jumpa perdana menteri beberapa hari yang lepas, saya telah mengutarakan beberapa perkara penting termasuk soal pelantikan dalam kerajaan bukan sahaja mengisi kekosongan.

"Tetapi pelantikan-pelantikan baru, yang perlu dipertimbangkan seperti yang terkandung dalam perjanjian PN dengan perdana menteri," kata Muhyiddin.

Malaysiakini

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2022 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan dipotong elaun vvip nnti lagi banyak depa makan rasuah
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 01:09 PM | Show all posts
lahhh klu potong sian laa dorang semua. dh la harga telur minyak semua naik
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 5-7-2022 12:25 PM
Jangan dipotong elaun vvip nnti lagi banyak depa makan rasuah

Wak Jahid yang kaya raya punnnnnnn dot dot dot
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 01:12 PM | Show all posts
hiiiiiiiiiiiiiiidup UMNO!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
T20 guna minyak RON95 tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2022 04:54 PM | Show all posts
nk dekat pru ni potong laaaa 4-5k.... esok2 da abes pru songlap 400k-500k apa ada hal umno zaman najib khuenst
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 09:23 PM GMT+8 , Processed in 0.152646 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list