CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 769|Reply: 7

[Tempatan] Banjir Baling: Jasad wanita hamil, ibu mentua ditemui berpelukan

[Copy link]
Post time 5-7-2022 01:28 PM | Show all posts |Read mode
Banjir Baling: Jasad wanita hamil, ibu mentua ditemui berpelukan



BALING: Jasad wanita hamil dan ibu mentuanya yang dihanyutkan arus kepala air di rumah mereka di Kampung Iboi di sini, ditemui dalam keadaan berpelukan kira-kira 100 meter dari lokasi rumah mereka runtuh.

Mayat Nurul Anis Abu Hassan, 28, yang hamil empat bulan ditemui bersama ibu mentuanya, Salmah Mat Akib, 53, jam 9.30 pagi di bawah timbunan batang pokok yang turut dihanyutkan arus deras.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saidon, berkata kedua-dua mayat mangsa ditemui dalam keadaan baik dan tiada kesan kecederaan.


Keadaan di Kampung Iboi, Baling selepas dilanda banjir lumpur petang semalam. - Foto NSTP/Luqman Hakim Zubir

Beliau berkata, pihaknya juga percaya bongkah kayu yang dihanyutkan arus deras menghempap rumah mangsa.

"Mangsa dipercayai hanyut sebelum tersangkut pada kayu dan batu menyebabkan terperangkap di bawah timbunan kayu.

"Pasukan penyelamat ternampak kaki mangsa dan berjaya mengeluarkan mangsa pertama, diikuti mayat kedua," katanya ketika ditemui di lokasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ini.

Sayani berkata, tumpuan bomba seterusnya melakukan pencarian remaja lelaki berusia 14 tahun, Khairul Ikhwan Nor Azman yang masih hilang.

Katanya, operasi masih dilakukan di kawasan pencarian dan akan diperluaskan sekiranya masih belum ditemui.

"Pihak bomba turut menggunakan anjing pengesan JBPM untuk melakukan operasi pencarian hari ini," katanya.


Keadaan di Kampung Iboi, Baling selepas dilanda banjir lumpur petang semalam. - Foto NSTP/Luqman Hakim Zubir

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... -ditemui-berpelukan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-7-2022 01:30 PM | Show all posts
di kala barang naik.... ada lagi kesusahan RAKYAT
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2022 01:35 PM | Show all posts
Penduduk dakwa 3 sekeluarga dihanyutkan kepala air


Abd Rahman menunjuk gambar isterinya yang menjadi mangsa bersama dua ahli keluarganya termasuk seorang wanita hamil empat bulan dipercayai hilang selepas rumah didiami mereka dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir yang melanda Kampung Iboi di sini petang semalam. - Foto BERNAMA


BALING: Tiga mangsa kejadian banjir dan kepala air semalam dipercayai tidak sempat menyelamatkan diri selepas rumah mereka di Kampung Iboi, Kupang, di sini, runtuh terkena arus deras air dari arah bukit.

Mangsa dikenali sebagai Salmah Mat Akib, 53, anaknya, Mohd Khairul Ikhwan, 14, dan menantunya, Nurul Hanis Abu Hassan, 23.

Jiran mangsa, Sopian Mohd Aziz, 53, berkata jarak rumah tiga beranak itu yang terletak berhampiran Sungai Kupang menyebabkan mereka paling teruk terkena arus kepala air.



Abd Rahman sedang menjawab panggilan dari ahli keluarga terdekat untuk memaklumkan keadaan tiga ahli keluarganya yang dipercayai hilang dihanyutkan arus deras. - Foto BERNAMA



Khairul Ashraf menunjukkan gambarnya bersama isteri, Nurul Hanis Abu Hassan, 23, yang hamil empat bulan dipercayai hilang bersama dua ahli keluarganya selepas rumah didiami mereka dihanyutkan arus deras. - Foto BERNAMA


"Kejadian banjir semalam berlaku terlalu cepat. Penduduk tidak sempat berbuat apa-apa kerana keadaan sangat kelam kabut.

"Aliran sungai yang melimpah terlalu deras membawa lumpur dan kayu dari arah bukit," katanya ketika ditemui hari ini.

Sopian berkata, Salmah juga mengalami masalah kesihatan selepas diserang angin ahmar sejak beberapa tahun lalu.



"Penduduk berdoa dan berharap pasukan penyelamat dapat menemui tiga beranak itu dalam keadaan selamat.

"Kejadian petang semalam turut menghanyutkan beberapa kenderaan, termasuk van dan masing-masing tiga kereta serta motosikal yang diletak di hadapan kedai saya," katanya yang mengusahakan kedai runcit.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2022 01:37 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2022 01:38 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah...
sedihnya. macam2 bencana akibat kerakusan manusia. org lain yg sedap2, org lain plak yg dpt bala
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2022 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
salam takziah.. mulia hati arwah menantu jaga arwah ibu mertua yang strok
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 01:46 PM | Show all posts
Allahu, semoga syurga tempatnya inshaAllah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 09:27 PM GMT+8 , Processed in 0.120962 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list