CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 460|Reply: 0

[Tempatan] Aksi berbahaya budak panjat jejambat Bernam Jaya

[Copy link]
Post time 5-7-2022 04:15 PM | Show all posts |Read mode
Aksi berbahaya budak panjat jejambat Bernam Jaya

https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... jambat-bernam-jaya/

Oleh NURUL AIN NATASHA MAZLAN
5 Julai 2022, 3:57 pm


Tangkap layar rakaman video sekumpulan kanak-kanak duduk di atas jejambat di Bernam Jaya.

PETALING JAYA – Tindakan sekumpulan kanak-kanak duduk di atas jejambat di Bernam Jaya bagi melihat matahari terbenam mendapat kecaman orang ramai kerana membahayakan nyawa.

Kejadian tersebut berjaya dirakam oleh salah seorang pengguna jalan raya di situ.

Rakaman video berdurasi 8 saat yang dikongsi oleh wanita tersebut mendapat perhatian para pengguna di laman sosial.

Dalam pada itu, perbuatan kanak-kanak terbabit didakwa mengancam keselamatan orang ramai terutama pengguna jalan raya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna terkejut dengan aksi kanak-kanak berkenaan yang membahayakan nyawa mereka.

“Bukan setakat bahayakan diri sendiri, bahayakan pengguna jalan raya juga. Kalau pun nak tengok matahari terbenam pergilah tempat yang sepatutnya, bukannya duduk di atas jejambat,” kata Nureenf.

“Ya Allah aku yang seram tengok,” kata Nazihah Tarmizi. – KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.051801 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list