CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 298|Reply: 0

[Kedah] Murid 11 tahun mahu belayar solo dari Kuala Perlis ke Langkawi

[Copy link]
Post time 24-2-2023 05:12 PM | Show all posts |Read mode
Murid 11 tahun mahu belayar solo dari Kuala Perlis ke Langkawi


Oleh Hamzah Osman - Februari 24, 2023 @ 4:10pm [email protected]




Muhammad Zahir bersemangat untuk melaksanakan misi pelayaran solo dari Kuala Perlis ke Langkawi, Selasa ini. - Foto NSTP/Hamzah Osman




LANGKAWI: Pelayar muda akan melaksanakan misi pelayaran solo menggunakan bot Optimist dari Kuala Perlis ke Langkawi sejauh 21 batu nautika, Selasa ini.

Muhammad Zahir Naiman Ismail, 11, juga murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Sungai Menghulu (SKSM) di sini, berkata misi bertujuan mencipta rekod peribadi, selain mempromosi sukan pelayaran itu.

"Saya berjinak dalam sukan ini sejak berusia tujuh tahun dan menyatakan hasrat melakukan pelayaran solo ini
dua tahun lalu kepada ibu, Nazila Rahim, 41.

"Ibu dan ayah, Ismail Taib, 47, tidak menghalang, malah mereka memberi sokongan kuat," katanya ketika ditemui selepas membuat latihan persediaan akhir di Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan di sini, hari ini.

Muhammad Zahir Naiman berkata, dia melakukan latihan fizikal dan mental empat jam sehari bagi memastikan dapat menamatkan misi itu kurang dari lapan jam.

Anak ketiga dari lima beradik itu yakin mampu mencapai sasaran berbekalkan kejayaannya memperoleh pingat emas Kategori Optimist Bawah 12 tahun pada 19th Langkawi International Regatta Perdana 2023, awal bulan ini.

Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Perahu Layar Kedah (KSA), Mohd Efendy Abdullah, berkata pelayar muda itu dijangka berlepas dari Jeti Jabatan Kastam Diraja Malaysia Kuala Perlis pada Selasa ini, jam 8.30 pagi.

"Sepanjang pelayaran angin dijangka bertiup selaju lapan hingga 10 knot dan misi itu dijangka mengambil masa antara enam hingga lapan jam untuk tiba di Langkawi.

"Kita amat menitik beratkan soal keselamatan pelayar muda itu dengan memastikan dia didampingi bot pengiring dari pasukan keselamatan dan persatuan," katanya.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 09:31 PM GMT+8 , Processed in 1.594094 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list