CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 299|Reply: 0

[Kedah] Laporan awal rundingan bahagi kerusi PH-BN dibentang 19 Mac ini

[Copy link]
Post time 25-2-2023 09:23 PM | Show all posts |Read mode
Laporan awal rundingan bahagi kerusi PH-BN dibentang 19 Mac ini


Oleh Noorazura Abdul Rahman - Februari 25, 2023 @ 9:00pm [email protected]




Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ditemui media selepas Konvensyen PH Kedah di Dewan Persatuan Pendidikan Akhlak Lip Seang Kor Sungai Petani, di sini hari ini. NSTP/Noorazura Abdul Rahman




SUNGAI PETANI: Tiga jawatankuasa di bawah Sekretariat Kerajaan Perpaduan membabitkan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), akan membentangkan laporan awal berkaitan rundingan pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada 19 Mac ini.

Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata tiga jawatankuasa itu iaitu Jawatankuasa Strategi, Jawatankuasa Pilihan Raya dan Jawatankuasa Pemantauan Agenda Kerajaan dan Politik perlu menyiapkan laporan masing-masing sebelum tarikh itu.

Beliau berkata, perundingan di peringkat PH dalam perkara berkaitan kini sedang berlangsung di antara PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) sebelum fasa seterusnya iaitu berbincang dengan BN.

"Saya telah dimaklumkan oleh Ketua Sekretariat (Kerajaan Perpaduan) Datuk Dr Asyraf (Wajdi Dusuki) bahawa jadual pertemuan antara pimpinan tertinggi Kerajaan Perpaduan akan berlangsung pada 19 Mac.

"(Dalam soal pembahagian) kerusi di peringkat PH membabitkan enam negeri tidak sulit kerana kami sudah ada asas (pembahagian), (tetapi) soalnya nanti apabila kami duduk (berbincang) dengan BN baru kita tengok balik (jika ada perkara yang berbangkit)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Konvensyen PH Kedah di Dewan Persatuan Pendidikan Akhlak Lip Seang Kor Sungai Petani, di sini hari ini.

Saifuddin berkata, dalam Kerajaan Perpaduan, kesediaan untuk berbincang antara PH dan BN sangat penting bagi mengelak berlakunya pertembungan tiga penjuru.

"Kita perlu mengelak pertembungan tiga penjuru terutama di Kedah, kita mahu masuk PRN nanti dengan kombinasi PH-BN sebagai dua komponen penting dalam Kerajaan Perpaduan," katanya.

Pada 7 Februari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia mengumumkan penubuhan tiga jawatankuasa itu bagi merangka strategi menghadapi PRN di enam negeri iaitu Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu, Kelantan dan Kedah.

Anwar berkata, Jawatankusa Pilihan Raya itu akan merencanakan berkaitan PRN terutamanya pembahagian kerusi dan menumpukan kegiatan mereka untuk memastikan Kerajaan Perpaduan mempunyai tapak kukuh dalam PRN nanti.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 09:23 PM GMT+8 , Processed in 0.702866 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list