CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 277|Reply: 0

[Kedah] APM Kedah sedia hadapi musim panas

[Copy link]
Post time 27-2-2023 04:21 PM | Show all posts |Read mode
APM Kedah sedia hadapi musim panas

oleh    NURUL HIDAYAH HAMID27 Februari 2023 03:59pm

Sebahagian anggota APM Kedah dan pasukan CDERT yang menerima sijil pada Himpunan Setia APM Kedah di Padang Kawad PDPA Kota Setar pada Isnin.




ALOR SETAR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah dalam keadaan bersiap siaga dengan kemungkinan menerima lebih banyak panggilan kecemasan berkaitan musim panas di negeri ini.

Pengarah Pertahanan Awam Kedah, Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub berkata, ia memandangkan terdapat beberapa perubahan berlaku ketika cuaca panas melanda.

"Biasanya, jika cuaca panas sebegini akan ada operasi tangkap ular, begitu juga kebakaran belukar (operasi) bersama dengan agensi lain.Jadi, persediaan memang ada dan kita sentiasa bersedia.

"Sebagai Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), kita bersama pengerusi negeri dan daerah ada perbincangan untuk melihat keperluan di Kedah, sebagai contohnya memantau paras air di empangan bersama agensi lain," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Himpunan Setia APM Kedah di Padang Kawad Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) Kota Setar pada Isnin.



Awang Askandar (tengah) bergambar bersama penerima sijil pada Himpunan Setia APM Kedah di Padang Kawad PDPA Kota Setar pada Isnin.





Awang Askandar menyatakan, persediaan dari segi anggota dan aset untuk menghadapi cuaca panas adalah rutin APM Kedah berdasarkan pengalaman dilalui pada tahun-tahun lepas.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, APM Kedah akan menganjurkan Karnival Pasukan Tindak Balas Kecemasan Pertahanan Awam (CDERT) Kedah melibatkan kira-kira 1,100 peserta di Sungai Petani pada 16 Mac depan.




Beliau memaklumkan, pelbagai aktiviti akan diadakan termasuklah pameran,demostransi, terbang kelawar (flying fox), sukan tali tinggi (abseiling) serta pengambilan anggota baharu.

Menurutnya, karnival berkenaan diadakan bagi menyambut hasrat menteri untuk merakyatkan APM, sekaligus menyahut seruan memperkukuhkan komuniti sempena ulang tahun ke 70 tahun APM.

Sehubungan itu, beliau mengalu-alukan kehadiran orang awam untuk sama-sama memeriahkan karnival selama sehari itu.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 09:31 PM GMT+8 , Processed in 0.232196 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list