CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 284|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kembalikan feri ikonik Pulau Pinang - Lim Guan Eng

[Copy link]
Post time 27-2-2023 05:32 PM | Show all posts |Read mode
Kembalikan feri ikonik Pulau Pinang - Lim Guan Eng


Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid
[email protected]



GAMBAR hiasan. Feri




Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng menggesa kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membenarkan perkhidmatan feri ikonik Pulau Pinang yang melebihi 100 tahun kembali beroperasi semula.

Bekas Menteri Kewangan itu berkata, perkhidmatan feri berkenaan merupakan ikon budaya dan sejarah Pulau Pinang yang menjadi tarikan pelancongan popular.

"Malah, feri ikonik yang berwarisan juga dikekalkan di Hong Kong dan Kanada.

"Oleh itu, rakyat Pulau Pinang dan Malaysia yang mempunyai nostalgia menggunakan feri ikonik ini mahu ia dipulihkan demi mengekalkan warisan untuk generasi muda mengenali sejarah negeri," katanya ketika membahaskan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini.

Perkhidmatan feri ikonik Pulau Pinang yang beroperasi lebih 126 tahun dilapor ditamatkan pada 2020 serta perkhidmatan feri sedia ada hanya boleh digunakan oleh penunggang motosikal dan basikal manakala bot laju untuk membawa penumpang individu.

Selain itu, Lim berkata, Pulau Pinang juga memerlukan sistem pengangkutan awam Transit Aliran Ringan (LRT) dan lebuh raya baharu bagi mengatasi kesesakan trafik.

"Kesesakan trafik hanya menjadi semakin teruk sekiranya tiada bantuan daripada kerajaan pusat serta ini akan menjejaskan kelangsungan kegiatan ekonomi, kehidupan rakyat dan pelabur di Pulau Pinang.

"Kerajaan persekutuan perlu menyokong dan memperuntukkan bantuan kewangan untuk pembinaan LRT dan lebuh raya baharu di bahagian pulau dan Seberang Perai terutamanya di kawasan Batu Kawan.

"Insfrastruktur yang kritikal ini bukan hanya dapat mengurangkan kesesakan jalan raya di Pulau Pinang tetapi juga akan memanfaatkan rakyat di Kedah dan Perak yang berulang alik ke Pulau Pinang setiap hari," katanya.

Bekas Setiausaha Agung DAP itu juga meminta kerajaan persekutuan untuk mengambil berat tentang hakisan pantai di kawasan pelancongan utama Batu Ferringhi yang semakin teruk.

"Dan projek tebatan banjir di kawasan pulau dan Seberang Perai," katanya.




Disiarkan pada: Februari 27, 2023 @ 5:13pm












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 12:17 AM GMT+8 , Processed in 0.302401 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list