CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 280|Reply: 0

[Pulau Pinang] Suami reda kaki kanan isteri dipotong akibat digilis forklift

[Copy link]
Post time 28-2-2023 11:20 AM | Show all posts |Read mode

(KIRI) TANGKAP layar daripada video tular ketika forklift melanggar wanita terbabit. (KANAN) Anggota APM membantu memberi rawatan awal kepada wanita terbabit. FOTO IHSAN APM

Bayan Lepas: Suami kepada wanita warga emas yang terbabit kemalangan dengan trak angkat susun (forklift) di Kompleks MASKargo, di sini, semalam, reda apabila kaki kanan isterinya terpaksa dipotong selepas hancur digilis jentera berkenaan.

Marzuki Omar, 68, berkata, keputusan itu diambil oleh doktor berikutan kecederaan parah kaki kanan isterinya, Jami @jumi Shariff, 75.

Katanya, isterinya sudah menjalani pembedahan pada kaki kanan di Hospital Pulau Pinang (HPP), malam tadi.

"Saya dimaklumkan doktor bahawa kaki kanannya dalam keadaan parah dan terpaksa dipotong hingga ke paras betis.

"Pada masa ini, saya diberitahu bahawa operasi itu hanya membabitkan kaki kanan sahaja dan maklumat lanjut kelak akan diberitahu doktor," katanya ketika dihubungi di sini, malam tadi.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan mengenai kejadian yang menimpa mangsa selepas ia tular di media sosial.

Video berdurasi 15 saat itu memaparkan mangsa dilanggar trak angkat susun berkenaan ketika berjalan di kawasan kargo.

Mangsa adalah pekerja di bahagian pembersihan di kompleks itu dan tinggal di Sungai Burung, Balik Pulau, bersama suami, manakala anaknya tinggal di Kedah.

Mengulas lanjut Marzuki berkata, dia mengetahui kejadian yang menimpa isterinya pada 1.30 tengah hari semalam.

Marzuki berkata, sejak bersara, menjadi rutinnya bagi mengambil Jami pulang dari kerja pada 12 tengah hari .

"Agak harian kenapa Jami tidak datang dan kemudian saya ambil keputusan untuk pulang ke rumah sebelum telefonnya.

"Namun saya dikejutkan dengan panggilan telefon daripada kakitangan tempat isteri bekerja yang memaklumkan bahawa dia ditimpa kemalangan dan terus bergegas ke hospital," katanya lagi.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... at-digilis-forklift

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 12:21 AM GMT+8 , Processed in 1.144549 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list