CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 309|Reply: 0

[Pulau Pinang] PN namakan Khaliq Mehtab Ketua Pembangkang Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 3-3-2023 02:41 PM | Show all posts |Read mode
PN namakan Khaliq Mehtab Ketua Pembangkang Pulau Pinang

oleh   SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI03 Mac 2023 02:03pm






Khaliq Mehtab




GEORGETOWN - Perikatan Nasional (PN) Pulau Pinang menamakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq sebagai Ketua Pembangkang yang baharu untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Perkara itu dibuat selepas penubuhan Kerajaan Perpaduan yang terdiri daripada gabungan parti politik antaranya Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Sebelum ini, jawatan Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang dipegang ADUN Sungai Dua dari BN, Datuk Muhamad Yusoff Mohd Noor.

Timbalan Pengerusi PN, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, cadangan tersebut telah dipersetujui oleh semua ADUN PN.



Dominic Lau





"Dengan perkembangan mutakhir politik tanah air, PN Pulau Pinang telah memaklumkan kepada Yang Dipertua DUN Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang untuk menamakan Khaliq Mehtab sebagai Ketua Pembangkang yang baharu untuk DUN Pulau Pinang.

"Kami yakin dengan lantikan ini, PN akan berperanan sebagai pembangkang yang berwibawa untuk membawa suara rakyat Pulau Pinang," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambah beliau lagi, Khaliq Mehtab juga telah menghantar usul kepada DUN Pulau Pinang pada 20 Februari lalu bagi meminda Perkara 14A Fasal 1 Perlembagaan Pulau Pinang berkenaan dengan undang-undang akta lompat parti agar selari dan selaras dengan Akta Lompat Parti (Akta A1663) yang baru diluluskan di Parlimen pada tahun lalu.




"Percanggahan besar di dalam undang-undang ini adalah berkenaan pemecatan ahli dewan yang mana seorang ahli Parlimen tidak akan hilang kerusinya jika wakil rakyat itu dipecat daripada partinya atau sekiranya parti politiknya terbubar atau dibatalkan pendaftarannya.

"Kami berpandangan Pulau Pinang tidak boleh dilihat bercanggah dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, iaitu undang-undang tertinggi negara. Namun usul pembangkang ini telah ditolak oleh Speaker dari dibahaskan di dalam persidangan akan datang ini," kata beliau.

Menurutnya, PN juga maklum bahawa kerajaan Pulau Pinang telah menghantar notis usul pengosongan kerusi bagi empat DUN yang diwakili PN iaitu DUN Bertam, Teluk Bahang, Sungai Acheh dan Seberang Jaya.

"Usul ini adalah bersangkutan dengan Undang-Undang Akta Lompat Parti Pulau Pinang dan dijangka dibahaskan pada 6 Mac ini ketika persidangan DUN Pulau Pinang. Tindakan untuk mengosongkan kerusi ini adalah usaha PH untuk menyekat arus perubahan yang dibawa PN di Pulau Pinang.

"DAP dan UMNO ternyata takut kepada peningkatan sokongan rakyat terhadap PN. Langkah zalim ini juga bertujuan untuk melenyapkan suara pembangkang di Pulau Pinang menjelang pilihan raya negeri yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Ini bakal mewujudkan sebuah kerajaan DAP-UMNO yang diktator tanpa semak imbang di Pulau Pinang," katanya.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 12:35 AM GMT+8 , Processed in 0.449924 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list