View: 2072|Reply: 0
|
[Pulau Pinang]
Penganggur edar dadah berdepan hukuman gantung
[Copy link]
|
|

TERTUDUH berdepan hukuman gantung sampai mati kerana mengedar dadah. FOTO Zuhainy Zulkiffli.
Georgetown: Penganggur berdepan hukuman gantung sampai mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan mengedar dadah, 4 Mac lalu.
Tertuduh Kang Chin Keat, 57, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibaca di hadapan Majistret Melati Diana Abdul Wahab.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa mengedar dadah jenis Methamphetamin seberat 3,192 gram di kediamannya di Jalan Sir Ibrahim, Jelutong pada 10.40 malam, 4 Mac 2023.
Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang jika disabitkan boleh dihukum gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan minimum 15 sebatan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Atikah Asharaf Ali tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh.
Mahkamah kemudian menetapkan 21 Jun depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.
Media sebelum ini melaporkan enam sekeluarga termasuk wanita Indonesia ditahan polis selepas ketua keluarga mereka didapati terbabit dengan pengedaran dadah di Pulau Pinang.
Lelaki itu ditahan di sekitar Perai dan rumah dihuni mereka disyaki dijadikan tempat untuk membungkus dan menyimpan dadah sejak enam bulan lalu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pan-hukuman-gantung |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|