CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1238|Reply: 0

[Selangor] Degil tak guna jejantas, 40 individu kena saman

[Copy link]
Post time 13-9-2023 10:25 AM | Show all posts |Read mode

Seramai 40 individu termasuk warga asing ditahan dan dikompaun kerana melakukan kesalahan lalu lintas tidak menggunakan jejantas di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Chow Kit, di sini, semalam. Ihsan dbkl

Kuala Lumpur: Seramai 40 individu termasuk warga asing ditahan dan dikompaun kerana melakukan kesalahan lalu lintas kerana tidak menggunakan jejantas di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Chow Kit di sini, semalam.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi Warden Trafik Jabatan Penguatkuasaan membuat Operasi Tindakan Khas Jejantas di kawasan terbabit pada tengah hari.

DBKL berkata, pemantauan dan pemerhatian sebelum itu dilakukan oleh Pasukan Warden Trafik DBKL di beberapa kawasan tumpuan (hotspot) di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur

Katanya, ia berkaitan perbuatan segelintir pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan lalu lintas, terutamanya membabitkan individu yang melintas jalan utama dengan tidak menggunakan jejantas.

Menurutnya, tindakan mereka mengundang ancaman kemalangan dan kecederaan fizikal mahupun boleh mengakibatkan kematian.

"Menerusi tindakan penguatkuasaan operasi jejantas kali ini, sejumlah 40 orang individu terdiri daripada warga tempatan dan warga asing ditahan dan dikenakan notis kompaun serta-merta.

"Tindakan penguatkuasaan dibuat melalui peruntukan undang-undang mengikut Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam kenyataan.

Katanya, DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang dikenal pasti.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... individu-kena-saman
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 11:31 PM GMT+8 , Processed in 1.205570 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list