CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1793|Reply: 0

[Pahang] 900 tan metrik beras putih tempatan diedar di Pahang

[Copy link]
Post time 26-10-2023 02:10 PM | Show all posts |Read mode

HAMIZAN (tiga kanan) ketika meninjau bekalan beras putih tempatan pada Program Pelepasan Beras Putih Tempatan di Kuantan. FOTO Asrol Awang

Kuantan: Sebanyak 900 metrik tan beras putih tempatan diedarkan di Pahang bagi menampung permintaan pengguna di seluruh daerah di negeri itu.

Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras Pahang Hamizan Musa berkata, bekalan beras itu diedarkan lima syarikat pemborong yang dilantik kerajaan.

"Kita harap, walaupun masalah pasaran beras itu tidak selesai sepenuhnya, tetapi sekurang-kurangnya bekalan masih ada di pasaran. Ia dijual pada harga RM26 untuk pek 10 kilogram di peringkat runcit.

"Bekalan beras putih tempatan ini diperoleh dari Kedah. Ia akan disusuli dari Kelantan, Terengganu, Selangor dan Perak kerana mengikut musim menuai.

"Sehubungan itu, masyarakat tidak perlu bimbang berkaitan keberadaan beras putih tempatan kerana ia akan sentiasa ada di pasaran," katanya.

Hamizan berkata demikian ketika ditemui media pada Program Pelepasan Beras Putih Tempatan di syarikat pemprosesan, pengedaran dan pemasaran Mumtaz Iman Sdn Bhd, di sini, hari ini.

Katanya, lima syarikat berkenaan, masing-masing dua di Kuantan dan Maran manakala satu di Bera.

"Empat syarikat, masing-masing mengedarkan 200 tan metrik beras manakala 100 tan metrik membabitkan sebuah syarikat.

"Bagi Mumtaz Iman, syarikat ini mengedarkan beras putih tempatan membabitkan Kuantan, Pekan dan Rompin," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-diedar-di-pahang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 02:57 PM GMT+8 , Processed in 0.120758 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list