CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2717|Reply: 0

[Pahang] Siasatan punca banjir kilat di Bukit Tinggi termasuk penerokaan haram

[Copy link]
Post time 26-11-2023 03:32 PM | Show all posts |Read mode

KEADAAN jalan yang putus akibat banjir kilat yang berlaku di Jalan Bukit Tinggi - Kampung Janda Baik, Bentong. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali

Bentong: Siasatan menyeluruh termasuk dakwaan berlaku penerokaan haram hutan simpan akan dijalankan bagi mengenal-pasti punca kejadian kepala air dan banjir kilat di kawasan Bukit Tinggi.

Ahli Parlimen Bentong Young Syefura Othman berkata, satu mesyuarat dihadiri Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad dan wakil beberapa agensi berkaitan diadakan di Balai Polis Bukit Tinggi, pagi tadi.

"Menteri mengambil maklum mengenai punca kepala air yang menyebabkan runtuhan cerun, kerosakan jalan dan pelbagai harta benda penduduk selain menjejaskan aktiviti harian serta ekonomi di kawasan pelancongan ini.

"Kajian menyeluruh akan dibuat oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi kerja mitigasi yang diperlukan untuk seluruh Bentong, khususnya kawasan berisiko tinggi seperti Bukit Tinggi dan Janda Baik," katanya pada kenyataan.


Dalam pada itu, beliau berkata, kerja membaik pulih sementara cerun dan jalan serta pendalaman sungai akan dilakukan segera oleh JPS dan Jabatan Kerja Raya (JKR) sebelum pelan baik pulih jangka panjang dimuktamadkan.

Katanya, beliau juga meminta siasatan dilakukan segera bagi melihat sekiranya terdapat penerokaan haram hutan simpan di atas bukit.

Tambahnya, siasatan juga menjurus kepada kemungkinan terdapat kawasan takungan hujan yang berpotensi menyebabkan kepala air setiap kali hujan lebat.

Pada kejadian jam 8 malam itu, arus deras dari kawasan tinggi membanjiri kawasan rendah di pekan Bukit Tinggi.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... uk-penerokaan-haram

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 12:59 PM GMT+8 , Processed in 0.054497 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list