CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12664|Reply: 0

[Pahang] Tujuh pasangan pengantin teruja bergelar ‘raja sehari’

[Copy link]
Post time 16-12-2023 02:39 PM | Show all posts |Read mode

SEBAHAGIAN pengantin mengaminkan doa yang dibacakan imam selepas selesai akad nikah sempena Majlis Walimah Perdana Pas Jerantut di Kampung Bukit Rang, Jerantut, Pahang, hari ini. - UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD



JERANTUT: Sebanyak tujuh pasangan pengantin telah bergelar ‘raja sehari’ dalam musim tengkujuh selepas diijab kabul dalam satu Majlis Walimah Perdana anjuran Pas Jerantut di Dataran Pasar Malam Kampung Bukit Rang, Pulau Tawar, dekat sini hari ini.

Majlis tersebut telah menyatukan enam pasangan berkenaan dari sekitar daerah ini dan Felda Jengka 16, Maran selepas diijab kabul oleh juru nikah daripada Pejabat Kadi Jerantut, manakala sepasang pengantin lagi sudah pun menghadiri majlis akad nikah sebelum ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Tawar yang juga penyelaras program, Yohanis Ahmad berkata, aktiviti perkahwinan beramai-ramai merupakan acara tahunan Pas Jerantut dalam usaha kebajikan untuk membantu pasangan tersebut bagi meringankan beban pengurusan majlis walimatul urus dari segi perbelanjaan makanan dan sebagainya.

“Aktiviti ini dapat meringankan pengurusan perbelanjaan di mana setiap pasangan hanya menyediakan RM3,000 sahaja kepada kami dan selebihnya ditanggung oleh penganjur, iaitu Pas Jerantut.

“Program ini cukup signifikan dalam usaha memberikan pengetahuan kepada pasangan raja sehari termasuk masyarakat setempat mengenai tatacara menguruskan perkahwinan menurut perspektif Islam seterusnya memperoleh keberkatan ketika menjalani kehidupan berumah tangga.,” katanya di Bukit Rang dekat sini hari ini.

Menurut Yohanis, program dimulakan dengan penerangan mengenai adab perkahwinan menurut Islam, lafaz akad nikah, kemudiannya dimeriahkan dengan persembahan perarakan berkompang, selawat, persandingan beramai-ramai dan jamuan beradab bersama pengantin.

Seorang pengantin dari Kampung Jerantut Feri, Nurul Syuhaidah Shahdan, 20, berkata, dia bersyukur kerana dapat melangsungkan perkahwinan dalam suasana yang meriah walaupun musim tengkujuh menerusi bantuan daripada pengurusan Pas daerah ini.

“Bantuan ini dapat meringankan pengurusan kenduri-kendara, peralatan dan pakaian pengantin serta suasana lebih teruja lagi apabila turut dihadiri ramai sanak saudara dan kenalan,” katanya.

Pasangannya, Muhammad Amizam Che Othman, 22, pula berkata, dia amat bersyukur kerana impian untuk menjadi ‘raja sehari’ tercapai dan sempurna bagi melayari kebahagiaan rumah tangga ke akhir hayat.

Ujarnya, majlis itu cukup bermanfaat antara usaha dakwah serta pendidikan oleh Pas Jerantut khususnya kalangan remaja dan belia. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... rgelar-raja-sehari/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 01:08 PM GMT+8 , Processed in 0.078470 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list