CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6995|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Penduduk Malaysia cecah 33.7 juta pada suku tahun keempat 2023

[Copy link]
Post time 14-2-2024 04:06 PM | Show all posts |Read mode

Penduduk Malaysia dianggarkan berjumlah 33.7 juta pada suku keempat tahun lepas, meningkat dua peratus berbanding 33 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya. - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Penduduk Malaysia dianggarkan berjumlah 33.7 juta pada suku keempat tahun lepas, meningkat dua peratus berbanding 33 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata daripada jumlah itu 30.5 juta ialah warganegara, manakala selebihnya bukan warganegara.

"Penduduk lelaki meningkat kepada 17.7 juta daripada 17.2 juta dan perempuan meningkat kepada 16 juta daripada 15.8 juta.

"Secara keseluruhan, nisbah jantina penduduk adalah 110 lelaki bagi setiap 100 perempuan, manakala nisbah jantina bagi penduduk warganegara adalah 103 lelaki bagi setiap 100 perempuan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.



Mohd Uzir berkata, penduduk berumur 0 hingga 14 tahun kekal tidak berubah pada 7.6 juta, sementara penduduk berumur 15 hingga 64 tahun meningkat kepada 23.6 juta daripada 23.1 juta, manakala penduduk berumur 65 tahun dan lebih meningkat kepada 2.5 juta daripada 2.4 juta.

Selain itu beliau berkata, jumlah kelahiran hidup merekodkan penurunan sebanyak 1.1 peratus iaitu 112,767 kelahiran berbanding 114,067 kelahiran pada suku tahun keempat 2022.

"Bayi lelaki melebihi perempuan dengan 57,894 kelahiran berbanding 54,873 kelahiran. Selangor mencatatkan bilangan kelahiran hidup tertinggi iaitu 20,931 kelahiran manakala jumlah kelahiran hidup terendah dicatatkan Wilayah Persekutuan Labuan iaitu 385 kelahiran.

Menurutnya lagi sebanyak 48,250 kematian direkodkan pada suku tahun keempat 2023, penurunan sebanyak 4.2 peratus berbanding suku tahun keempat 2022, iaitu bilangan kematian bagi lelaki adalah 27,508 manakala 20,742 kematian bagi perempuan. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... -tahun-keempat-2023
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 11:05 PM GMT+8 , Processed in 0.299265 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list