CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4704|Reply: 0

[Kelantan] Kelantan tanam 8.7 juta pokok

[Copy link]
Post time 29-2-2024 01:26 PM | Show all posts |Read mode

ABDUL Rahman (dua kiri) menyiram pokok Rhu di Pantai Baru, Melawi, Bachok. FOTO Nor Amalina Alias

Bachok: Sebanyak 8.7 juta pokok ditanam di negeri ini melalui kempen penanaman 100 juta pokok sejak 2021 sehingga hari ini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Abdul Rahman Yunus berkata, program dilaksanakan kerajaan negeri bersama Jabatan Perhutanan negeri bersama beberapa jabatan dan agensi berkaitan.

Katanya, bagi tahun ini, pihaknya menyasarkan tanaman lebih 1.2 juta pokok termasuk di kawasan pesisir pantai di Kelantan.

"Untuk hari ini, kita tanam 400 pokok jenis Rhu di Pantai Baru di Melawi yang juga lokasi baharu diterokai.



"Kita berbesar hati memberi galakan untuk tanaman baru dan tanaman semula pokok," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Restorasi Spesis Pokok-Pokok di Pesisir Pantai Jajahan Bachok Bagi Melaksanakan Projek Ecological Fiscal Transfer For Biodiversity Conversation (EFT) di Pantai Baru, Melawi, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Jajahan Bachok merangkap Yang dipertua (YDP) Majlis Daerah Bachok (MDB), Shamsul Abu Bakar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelawat, Zameri Mat Nawang.

Sementara itu, Shamsul berkata, pihak MDB turut merangka peningkatan infrastruktur di sepanjang 37 kilometer membabitkan 10 kawasan pantai di daerah ini.

Katanya, tahun ini pihaknya memohon peruntukan RM1.5 juta bagi membina kemudahan seperti jalan masuk, surau dan tandas awam bagi keselesaan pelancong dan orang ramai.

"Kita juga jalankan kerjasama dengan syarikat swasta bagi menjejak produk-produk baru pelancong di Bachok termasuk daripada segi kebudayaan, kesenian dan tempat pelancongan kerana kekuatan kita di sini (Bachok) adalah kawasan pantai," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tanam-87-juta-pokok

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 11:18 PM GMT+8 , Processed in 0.059387 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list