CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7283|Reply: 0

[Selangor] Belia wajar jadi penderma darah tegar

[Copy link]
Post time 2-3-2024 01:42 PM | Show all posts |Read mode

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian persefahaman antara Pengarah Pusat Darah Negara, Dr Mohammad Masrin Md Zahrin (dua, kanan) dan Pengerusi St John Ambulans Malaysia, Datuk Lai See Ming (dua, kiri) pada Majlis Perasmian Suite Derma Darah St John Ambulans Malaysia di 1 Utama Shopping Centre, hari ini. - Foto BERNAMA

PETALING JAYA: Kesedaran terhadap kepentingan menderma darah akan ditingkatkan menerusi kerjasama Kementerian Kesihatan dengan pihak swasta dan sektor korporat, termasuk menarik minat belia untuk menjadi penderma tegar.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata pelbagai program kesedaran akan dianjur menerusi kerjasama strategik itu.

"Kita memerlukan 2,000 beg darah sehari tetapi kita dapat mengumpulkan lebih 800,000 beg setahun dengan penggunaan 500,000 beg.

"Kita mempunyai lebihan bekalan tetapi tidak mahu selesa sebab ada masanya kita memerlukan bekalan dalam jumlah tinggi," katanya.



Beliau berkata demikian selepas merasmikan Suite Derma Darah St John Ambulans Malaysia di pusat beli belah 1Utama di sini, hari ini.

Mengenai bekalan darah menjelang Ramadan akan datang, Dr Zulkefly mengakui jumlah penderma darah sedikit terjejas tetapi tidak menggendalakan kerana amalan menderma darah merentasi kaum dan agama.

"Tidak ada masalah dari sudut hukum untuk menderma darah dalam bulan puasa cuma syaratnya perlu sihat. Mengikut pengalaman, waktu operasi di sesetengah pusat derma darah akan dilanjutkan," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Pendermaan Darah Pusat Darah Negara, Dr Thane Moze Darumalinggam, berkata sebanyak 600 hingga 700 beg darah diperlukan setiap hari di Lembah Klang.

"Keperluan darah negara bukan sahaja untuk mangsa kemalangan jalan raya tetapi juga pesakit yang bergantung kepada pemindahan darah.

"Setiap tahun, keperluan bekalan darah negara meningkat sebanyak 10 hingga 15 peratus," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... enderma-darah-tegar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 08:14 PM GMT+8 , Processed in 4.644688 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list