CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31024|Reply: 1

[Kedah] Bekas juruterbang Nuri menang RM1 juta cabutan BSN SSP

[Copy link]
Post time 12-8-2024 03:17 PM | Show all posts |Read mode
Bekas juruterbang Nuri menang RM1 juta cabutan BSN SSP


Noorazura Abdul Rahman[email protected]







Mohd Azhar memegang replika cek RM1 juta selepas dipilih sebagai Pemenang Cabutan Jutawan Bank Simpanan Nasional Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) yang ke-102. FOTO Noorazura Abdul Rahman





Alor Setar: Bekas juruterbang helikopter Nuri menerima durian runtuh apabila diumumkan sebagai pemenang Cabutan Jutawan Bank Simpanan Nasional Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) yang ke-102.

Leftenan Kolonel (B) Mohd Azhar Mohd@Man, 53, yang berasal dari Guar Chempedak, Yan, berkata dia tidak menyangka menang RM1 juta hasil usaha menyimpan secara konsisten sejak tahun 2000.

Katanya, dia juga tidak terfikir untuk menang wang sebanyak itu berikutan hanya mensasarkan hadiah kereta sahaja ketika mula menyimpan di SSP.

"Saya simpan dan ada kalanya keluarkan balik duit SSP, tapi saya akan pastikan selepas itu saya simpan semula. Ia dilakukan secara konsisten, Alhamdulillah kali ini rezeki saya.
"Saya sebelum ini pernah menang beberapa kali tapi hadiahnya cuma beberapa ratus ringgit. Kali ini apabila dimaklumkan saya pemenang RM1 juta, saya sangka ia penipuan dalam talian sehingga dihubungi pegawai BSN baru saya percaya," katanya ketika ditemui selepas menerima replika cek yang disampaikan Pengerusi BSN, Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin di BSN Alor Setar di sini, hari ini.




Bercerita lanjut, bekas pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu berkata, rezeki yang diterimanya akan diguna sebaiknya termasuk berkongsi bersama isteri dan anak-anak sebagai simpanan masa depan mereka.

Katanya, wang itu juga akan diguna untuk melunaskan hutang dengan pihak bank termasuk pinjaman perumahan serta membawa keluarga menunaikan umrah.

"Sebenarnya saya ada kisah di sebalik ini, sebelum ini ada seorang ustaz minta tolong saya untuk bayar kepada kontraktor yang membuat pagar sekolah agama sebanyak RM5,000 , individu yang mahu wakafkan pagar itu baru meninggal dunia.

"Baki akaun saya ketika itu cuma ada RM1,000, saya terus pindah akaun untuk bayar duit itu, lagi RM4,000 saya beritahu ustaz itu akan bayar kemudian, tak sangka mungkin kerana asbab saya wakaf RM1,000, hari ini Allah gandakan jadi RM1 juta," katanya yang kini bertugas secara kontrak sebagai jurulatih simulator helikopter di Kolej Tentera Udara Kepala Batas, di sini.

Mohd Azhar berkata dia sangat berharap orang ramai tidak berputus asa untuk menyimpan wang di BSN SSP.

"Insha-Allah sebagai menghargai BSN, saya akan simpan sejumlah wang dimenangi dalam BSN SSP.

"Kepada penyimpan kena terus konsisten, selain itu sebagai orang Islam, bersedekah adalah amalan yang baik untuk menjemput rezeki," katanya.



Disiarkan pada: Ogos 12, 2024 @ 3:05pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/08/1121865/bekas-juruterbang-nuri-menang-rm1-juta-cabutan-bsn-ssp





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2024 09:43 AM | Show all posts
Tahniah diucapkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:07 PM GMT+8 , Processed in 0.672878 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list