CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23105|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Gadis kampung' jadi Datuk Bandar KL, Maimunah mahu manfaat sepenuhnya pengalaman

[Copy link]
Post time 15-8-2024 11:48 AM | Show all posts |Read mode
'Gadis kampung' jadi Datuk Bandar KL, Maimunah mahu manfaat sepenuhnya pengalaman


Oleh FMT - Ogos 15, 2024 @ 11:13am






Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif - Foto ihsan MPSP




GEORGE TOWN: Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif yang menggambarkan dirinya sebagai seorang anak gadis kampung dari Negeri Sembilan, berhasrat memanfaatkan sepenuhnya pengalaman beliau sebagai ahli majlis selain enam tahun perkhidmatan bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu.

Setelah menghabiskan zaman kanak-kanaknya di kawasan luar bandar di mana ibu bapanya bekerja sebagai penoreh getah, perancang bandar berusia 63 tahun itu berkata permulaannya yang sederhana membentuk pemikirannya apabila ia membabitkan pembangunan bandar khususnya dalam meletakkan orang ramai, inklusiviti dan kemampanan sebagai keutamaan.

Melalui temu bual bersama FMT susulan pengumuman pelantikan beliau sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur mulai hari ini, Maimunah mengimbas kembali perjalanannya dari Kuala Pilah menjadi ketua sebuah agensi PBB dan bagaimana pengalamannya itu akan membentuk kepimpinannya di Dewan Bandaraya.

Maimunah berkata, dia memperoleh biasiswa untuk belajar di UK selepas sekolah menengah, menamatkan pengajian dengan ijazah perancangan bandar di Universiti Cardiff.

Beliau kembali ke Malaysia pada 1985 untuk bekerja sebagai perancang bandar di Majlis Perbandaran Pulau Pinang, sebelum dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Jabatan Perancangan pada 2003.

Beliau kemudian dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Besar pertama George Town World Heritage Inc, agensi negeri yang menguruskan tapak warisan dunia UNESCO pada 2009.

Maimunah juga dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai pada 2011 dan kemudian berkhidmat sebentar sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang pada 2017.

Pada tahun berikutnya, dia memegang jawatan sebagai Pengarah Eksekutif UN-Habitat, menjadi wanita Asia pertama yang memegang jawatan itu.

Dia dipilih untuk penggal kedua yang berakhir pada 19 Januari tahun ini. Beliau juga memegang jawatan pemangku Ketua Pengarah pejabat PBB di Nairobi sebelum kembali ke Malaysia pada Februari.

Bagaimanapun sdi sebalik kelayakakannya yang mengagumkan, Maimunah berkata dia sangat terikat dengan asal usulnya, sambil mengimbas kembali bagaimana pengalamannya dengan kemiskinan dan prinsip pro-rakyat dan pro-perniagaannya di Pulau Pinang membimbingnya sepanjang kerjaya bersama PBB.

"Saya membawa prinsip ini bersama saya ke New York (dan) ke Nairobi, yang saya gunakan juga di Pulau Pinang.

"Saya percaya dalam perkara yang melibatkan rakyat, badan profesional dan penjawat awam. Seorang pemimpin mesti mempunyai visi, tetapi penting untuk mempunyai gabungan antara pendekatan atas ke bawah dan bawah ke atas," katanya.

Mengenai pelantikannya sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur, beliau mengakui ia satu pengiktirafan besar terutama bagi seseorang yang datang jauh daripada kehidupan yang miskin.

Bercerita lanjut, katanya dia terpaksa menyiapkan kerja sekolah di bawah lampu minyak tanah sewaktu kecil dan membantu ibu bapanya menoreh getah pada waktu Subuh sebelum keluar ke sekolah.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/08/1285058/gadis-kampung-jadi-datuk-bandar-kl-maimunah-mahu-manfaat-sepenuhnya






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:10 PM GMT+8 , Processed in 0.078265 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list