CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4941|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lelaki tikam ibu saudara hingga mati guna gunting tiada masalah mental - Polis

[Copy link]
Post time 15-8-2024 08:43 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki tikam ibu saudara hingga mati guna gunting tiada masalah mental - Polis


Nur Izzati Mohamad[email protected]







LAPORAN terdahulu Harian Metro





Kepala Batas: Polis mengesahkan lelaki yang menikam ibu saudaranya dengan gunting sehingga mati tidak mempunyai rekod masalah mental.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Superintendan C Tharmalingam berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengetahui motif sebenar suspek berusia 43 tahun itu bertindak sedemikian.

"Laporan yang diterima polis mendapati suspek tidak mempunyai masalah mental dan polis sudah mengambil keterangan ibu kandung suspek dan saksi berkaitan untuk membantu siasatan," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Semalam, suspek yang juga penganggur itu ditahan reman selama tujuh hari sehingga 21 Ogos ini bagi membantu siasatan.

Akhbar ini kelmarin melaporkan wanita warga emas itu maut ditikam di kepala dengan gunting selepas dipercayai cuba meleraikan pergaduhan antara dua beranak.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



Disiarkan pada: Ogos 15, 2024 @ 8:07pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/08/1123173/lelaki-tikam-ibu-saudara-hingga-mati-guna-gunting-tiada-masalah-mental





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:09 PM GMT+8 , Processed in 0.556220 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list