CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19773|Reply: 0

[Perlis] 3 wanita mangsa 'phone scam' kerugian RM64,100

[Copy link]
Post time 22-8-2024 02:58 PM | Show all posts |Read mode
3 wanita mangsa 'phone scam' kerugian RM64,100



Oleh Aizat Sharif - Ogos 22, 2024 @ 2:41pm [email protected]







Foto hiasan.




KANGAR: Tiga wanita termasuk dua penjawat awam terpedaya dengan sindiket penipuan 'phone scam' sehingga membabitkan kerugian keseluruhan RM64,100.

Mangsa mendakwa menerima panggilan telefon daripada individu yang mendakwa wakil institusi perbankan serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang memaklumkan akaun bank masing-masing terbabit kes judi dalam talian serta penggubahan wang haram.

Berdasarkan modus operandi, panggilan kemudian disambungkan kepada satu lagi pihak yang mendakwa daripada ibu pejabat polis yang mana bagi membantu siasatan, mangsa dikehendaki membuat pindahan wang ke dalam akaun diberikan.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop mengesahkan perkara itu dengan laporan polis turut dibuat mangsa yang berusia antara lingkungan 20 hingga 40 tahun Selasa lalu.

Beliau berkata, mangsa diyakinkan sindiket bahawa wang mereka akan dikembalikan selepas selesai siasatan, namun selepas pemindahan wang selesai pihak berkenaan gagal dihubungi dan wang mangsa juga tidak dikembalikan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/08/1288474/3-wanita-mangsa-phone-scam-kerugian-rm64100






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 12:56 AM GMT+8 , Processed in 0.038017 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list