CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1332|Reply: 1

[Pulau Pinang] Pekerja asing lari bertempiaran apabila Imigresen gempur restoran

[Copy link]
Post time 23-8-2024 10:39 AM | Show all posts |Read mode
Pekerja asing lari bertempiaran apabila Imigresen gempur restoran


Oleh Bernama - Ogos 23, 2024 @ 10:18am









NIBONG TEBAL: Sekumpulan warga asing yang sedang bekerja di sebuah restoran dan sebuah premis barangan lusuh di Sungai Bakap di sini, melarikan diri apabila menyedari kehadiran Jabatan Imigresen Pulau Pinang, semalam.

Namun cubaan mereka meloloskan diri tidak berjaya kerana pasukan Imigresen Pulau Pinang terlebih dahulu mengepung dua premis berkenaan malah ada dalam kalangan anggotanya berada di situ lebih awal secara penyamaran.

Imigresen memaklumkan ketika pemeriksaan terdapat seorang lelaki tempatan dipercayai pemilik premis cuba menimbulkan kekecohan bagi melengahkan operasi.

"Dalam operasi itu seramai 17 orang pekerja di dua premis terbabit diperiksa sebelum lima lelaki dan empat wanita warga Myanmar ditahan, berusia 25 hingga 38 tahun.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan kesemua yang ditahan telah dihantar ke Depot Imigresen Juru, Bukit Mertajam untuk siasatan lanjut," menurut hantaran di Facebook jabatan itu, hari ini.

Siasatan dan tindakan lanjut ke atas pemilik perniagaan yang menggaji pekerja asing tanpa izin itu sedang dijalankan.
– BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/08/1288826/pekerja-asing-lari-bertempiaran-apabila-imigresen-gempur-restoran






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-8-2024 11:36 AM | Show all posts






Antara warga asing yang ditahan ketika pemeriksaan di beberapa premis di Nibong Tebal. FOTO JIM PULAU PINANG





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.065710 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list