Inspektor direman siasat kes minta suapan selesai kes judi laga ayam
Zuhainy Zulkiffli[email protected]
Anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengiringi seorang pegawai polis berpangkat Inspektor untuk mendapatkan perintah tahanan reman di Mahkamah Georgetown. FOTO DANIAL SAAD
Georgetown: Pegawai polis berpangkat Inspektor direman tiga hari bagi membantu siasatan kes meminta suapan berjumlah RM5,000.
Perintah reman terhadap lelaki berusia 37 tahun itu dikeluarkan Majistret Mohd Azlan Basri bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Terdahulu, suspek tiba ke mahkamah kira-kira 9 pagi dengan memakai baju lokap SPRM.
Berdasarkan maklumat, bapa kepada dua anak itu ditahan di hadapan Pejabat Kuarantin Tumbuhan Jalan Bagan Luar, Butterworth pada 3.50 petang semalam.
Suspek yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri ini ditahan ketika meminta suapan berjumlah RM5,000 atas tujuan bagi menyelesaikan kes kesalahan judi laga ayam.
Disiarkan pada: Ogos 23, 2024 @ 11:34am
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/08/1126072/inspektor-direman-siasat-kes-minta-suapan-selesai-kes-judi-laga-ayam
|