CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41332|Reply: 0

[Kedah] Tiga feri berpatah balik akibat ribut, satu tersangkut di tebing pasir

[Copy link]
Post time 16-9-2024 07:19 PM | Show all posts |Read mode
Tiga feri berpatah balik akibat ribut, satu tersangkut di tebing pasir


Oleh Zuliaty Zulkiffli - September 16, 2024 @ 7:08pm [email protected]







Feri yang membawa 567 penumpang dari Kuala Perlis ke Langkawi yang terkandas akibat ribut sehingga ke beting pasir menyebabkan feri itu terkandas. - Foto NSTP/Ihsan Ferrylines Ventures Sdn Bhd





Alor Setar: Tiga buah feri dari Kuala Kedah ke Langkawi yang membawa 610 penumpang terpaksa berpatah ke Terminal Feri Kuala Kedah berikutan ombak kuat serta ribut.

Pengurus Besar Konsortium Ferrylines Ventures Sdn Bhd, Kapten Dr Baharin Baharom berkata, feri pertama iaitu pada jam 1.30 petang membawa 120 penumpang manakala jam 2 petang membawa 149 penumpang dan feri pada jam 2.30 petang yang membawa 410 penumpang terpaksa berpatah Balik demi keselamatan penumpang.

Beliau berkata, ketiga-tiga feri terbabit dalam perjalanan dari Terminal Feri Kuala Kedah ke Langkawi.

"Selain itu, sebuah lagi feri iaitu dari Kuala Perlis ke Langkawi pada jam 2.30 petang yang membawa 567 penumpang dilaporkan tersangkut di tebing pasir kira-kira 0.5 batu nautika dari Terminal Kuala Perlis.

"Selepas ditiup angin kencang, ia menolak feri ke beting pasir menyebabkan feri itu terkandas.

"Bagaimanapun, usaha untuk membawa 567 penumpang yang terkandas di Kuala Perlis itu akan diteruskan pada jam 8 malam ini sebaik saja air pasang," katanya.

Baharin barkata, bagi penumpang tiga trip perjalanan dari Kuala Kedah ke Langkawi itu sudah dipulangkan kos tiket dan ada yang menukar perjalanan tiket seterusnya.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/09/1299125/tiga-feri-berpatah-balik-akibat-ribut-satu-tersangkut-di-tebing-pasir






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 06:09 AM GMT+8 , Processed in 0.048380 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list