CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4444|Reply: 0

[Sarawak] Pemasangan paip gas percuma jika PETROS punyai cukup dana: Premier

[Copy link]
Post time 2-12-2024 02:00 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari sambil disaksikan tetamu kehormat lain membuka paip gas pertama yang dipasang oleh PETROS di salah sebuah rumah di perumahan Quadruplex Taman Ceria di Permyjaya, Miri petang tadi.

MIRI: Rakyat Sarawak bakal menikmati kemudahan pemasangan paip gas secara percuma, jika PETROS mempunyai cukup dana bagi menampung keperluan kos itu kelak.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata ketika ini, pemasangan paip secara percuma hanya dilakukan di Miri yang merupakan projek perintis dan ditanggung oleh PETROS.

"Kita bermula dari Miri dulu, sebab Miri memang sudah mempuyai paip gas. Kalau Miri ini (projek pelaksanaan infastruktur gas) berjaya, maka kita akan menganalisis kosnya," ujar beliau sambil menambah, projek pemasangan itu akan dikembangkan ke seluruh negeri dan Kuching adalah yang kedua apabila hab tenaganya untuk Pelan Hala Tuju Gas Sarawak (SRG) siap.

Abang Johari memberitahu perkara itu pada sidang media di sini petang tadi selepas melawat perumahan Quadruplex Taman Ceria (QTC), Permyjaya untuk meninjau sendiri pelaksanaan projek infastruktur gas komuniti itu.

"Kos pemasangan ini lebih kurang RM3,000, tetapi ketika ini (di Miri) pemasangan (paip gas) adalah percuma sepenuhnya.

"Kalau rezeki kita bertambah, gas kita banyak dan kita sudah ada pendapatan baharu, apa salah kita beri percuma (kos pemasangan paip gas) kepada rakyat. Kita berdoa agar gas kita bertambah.

"Ini akan membantu meringankan beban rakyat kita juga, sebab tidak payah beli tong gas lagi dan kadar gas juga murah. Bila gas murah, hidup rakyat pun dapat kita bantu.

"Apabila bekalan gas untuk memasak ini sudah disalurkan ke rumah-rumah, maka tong merah semakin sehari, semakin berkurang kerana kita akan terus menggunakan paip gas. 'Ketek ajak' terus keluar gas, sebab gas ini dipasang terus ke dapur (isi rumah)," katanya lagi.

Abang Johari memberitahu apabila siap ketiga-tiga hab tenaganya iaitu di Miri yang akan menyalurkan bekalan gas ke Miri, Limbang dan Lawas, Bintulu (kawasan tengah) dan Kuching (kawasan selatan) dan SRC dapat dilaksanakan sepenuhnya, maka perniagaan juga akan menggunakan paip gas.


Abang Johari sambil disaksikan tetamu kehormat lain membuka paip gas pertama yang dipasang oleh PETROS di salah sebuah rumah di perumahan Quadruplex Taman Ceria di Permyjaya, Miri petang tadi.

"Kalau kita ada warung, kita boleh pasang paip gas. Kalau nak jadi negeri maju, kita harus terima keadaan ini. Negeri maju semua guna infrastruktur gas," tambah beliau lagi.

Sementara itu, projek transformatif itu diketuai oleh Sarawak Gas Distribution Sdn Bhd (SGD), sebuah anak syarikat milik penuh PETROS, dan sedang dilancarkan dalam lima fasa yang akan memanfaatkan lebih 3,000 isi rumah.

Projek tersebut yang sudah memasuki Fasa 2 dan 3 kini berjalan lancar, manakala persiapan sedang dijalankan untuk Fasa 4 dan 5.

Inisiatif tersebut bertujuan untuk menyediakan akses kepada tenaga yang selamat, berpatutan dan lebih bersih dengan memasang infastruktur paip gas untuk isi rumah berpendapatan rendah, sekali gus menunjukkan dedikasi PETROS untuk memartabatkan komuniti di kawasan setempat.

Turut hadir pada sidang media tersebut ialah Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Hui Kian, Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin serta Pengerusi PETROS Tan Sri Datuk Amar Hamid Bugo serta menteri-menteri kabinet negeri dan pegawai kanan PETROS.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.158838 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list