CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11879|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Isteri didakwa cederakan suami dengan telefon bimbit

[Copy link]
Post time 5-2-2025 09:42 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR Hiasan

Seremban: Seorang isteri didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas pertuduhan mencederakan suaminya menggunakan telefon bimbit, Sabtu lalu.

Tertuduh, Mas Suri Abdul Rahman, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Datin Surita Budin selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah menyebabkan kecederaan ke atas suaminya yang berusia 39 tahun dengan menggunakan sebuah telefon bimbit jenis iPhone 13 Pro Max.

Kejadian didakwa berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari di sebuah rumah di Bukit Citra Residensi, Nilai pada 1 Februari lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dibacakan bersama Seksyen 326A kanun sama.

Jika didapati bersalah, tertuduh boleh dipenjara maksimum 10 tahun atau denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes pada 18 Februari ini.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norazihah Asmuni.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 03:49 PM GMT+8 , Processed in 0.047445 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list