CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6751|Reply: 0

[Negeri Sembilan] 'Mengapa buang sampah di kampung kami? Buanglah di kampung sendiri'

[Copy link]
Post time 5-2-2025 02:33 PM | Show all posts |Read mode


Jempol: Penduduk Kampung Baru Ayer Hitam di sini kecewa apabila kampung mereka terus menjadi lokasi pembuangan sampah haram oleh pihak tidak bertanggungjawab dari kampung berhampiran.

Baharudin Abdullah, 43, berkata, masalah berkenaan semakin kritikal apabila terdapat tiga lokasi pembuangan sampah di sekitar kampung berkenaan.

Katanya, jalan berhampiran tanah perkuburan kampung mereka turut dijadikan lokasi pembuangan sampah haram, dipercayai sepanjang 100 meter, selain sampah turut dibuang berhampiran rumah guru Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam.

"Persoalannya, mengapa buang sampah di kampung kami? Buanglah di kampung sendiri. Malah, situasi ini menyebabkan pihak pengurusan kampung dipersalahkan penduduk kerana tidak pandai menjaga kebersihan.

"Malah, gara-gara sampah ini, hampir tercetus pergaduhan selain pihak pengurusan kampung turut berdepan tindakan saman oleh Pejabat Kesihatan Daerah dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)," katanya ketika ditemui.

Bagi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Mohd Fazlin Sholainia, pihaknya sudah beberapa kali mengadakan mesyuarat dengan agensi berkaitan namun tidak ada tindakan diambil bagi mengatasi masalah ini.

"Banyak peruntukan JPKK digunakan bagi menyewa jengkaut untuk membersihkan sampah di tiga lokasi itu dengan sewa dikenakan berjumlah RM650, dan kita membersihkan sebanyak lima kali setahun.

"Namun, sebaik dibersihkan, dalam tempoh dua atau tiga hari ia dipenuhi semula dengan sampah yang dibuang oleh penduduk dari kampung lain.

"Sehingga hari ini belum ada jalan penyelesaian dan kita percaya sekiranya ia tidak diatasi, lebih banyak lokasi pembuangan sampah haram akan wujud," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Lui, Datuk Mohd Razi Mohd Ali, berkata pihaknya akan mencari resolusi terbaik bagi menyelesaikan masalah yang membelenggu penduduk kampung berkenaan.

Katanya, isu berkenaan akan dibawa dalam sidang Dewan Undangan Negeri akan datang bagi mencari jalan penyelesaian terbaik.


Disiarkan pada: Februari 5, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.118029 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list