Johor Bahru: Polis Johor menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) berjaya melumpuhkan 25 sindiket dadah berskala besar, membabitkan rampasan 7.30 tan dadah bernilai RM99.76 juta, sepanjang tahun lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, dalam tempoh itu juga 99 ahli sindiket berjaya diberkas, menjadikan Johor antara negeri paling aktif dalam memerangi jenayah narkotik.
Katanya, pembanteras sindiket menerusi operasi di lokasi panas seperti kawasan Felda, Projek Perumahan Rakyat (PPR), terminal bas, jeti nelayan, perumahan kos rendah dan lokasi pengedaran dan penyalahgunaan dadah.
Menurutnya, pencapaian prestasi yang berakhir 31 Disember itu menyaksikan 21,093 serbuan dilaksana melibatkan pemeriksaan 46,878 orang.
|