CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18173|Reply: 0

[Johor] JOHOR PACU PEMBANGUNAN PESAT DAN SEIMBANG

[Copy link]
Post time 6-2-2025 07:42 AM | Show all posts |Read mode

YB Tuan Lee Ting Han, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Johor. | Foto MDJ Aisyah Mazalan

IskandarPuteri – Tahun 2025 menjadi tahun penting bagi Kerajaan Negeri dalam usaha memastikan pelaburan di negeri ini terus meningkat dan seimbang pada masa akan datang, terutama melibatkan beberapa kawasan tumpuan seperti di ‘The Greater JB’, Pengerang serta wilayah Johor Utara.


Rangkaian kawasan tersebut telah menarik minat pelabur berikutan gerak kerja strategik bagi menyediakan pelbagai infrastruktur lengkap dan sesuai untuk pembangunan industri serta dasar mesra pelabur yang membolehkan pembangunan projek dapat dilaksanakan dengan lebih pantas dan berkesan.


Selain itu, pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh Invest Johor bagi menarik pelaburan ke negeri ini seperti Misi Galakan Pelaburan dan Johor Go Global telah membuahkan hasil apabila sejumlah RM19 bilion dicatatkan sehingga suku ketiga tahun lalu, disokong dengan strategi pembangunan lebih seimbang dan inklusif.


Sementara itu, Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) pula telah merekodkan pelaburan komited berjumlah RM139 bilion pada tahun 2023, sekali gus menjana 7,549 peluang pekerjaan dengan 6,898 tenaga kerja tempatan turut mendapat latihan kemahiran yang dikelolakan oleh Johor Petroleum Development Corporation Bhd. (JPDC).


Pembangunan di kawasan seperti Pengerang dapat memberikan peluang ekonomi yang lebih luas kepada masyarakat setempat dan selari dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk memastikan segenap lapisan Bangsa Johor dapat menikmati kemakmuran hasil daripada pembangunan pesat di negeri ini.


Tumpuan juga diberikan Kerajaan Negeri kepada wilayah Johor Utara bagi menjadikan Muar dan Segamat sebagai hab pengeluaran lembu daging dan tenusu di Malaysia menjelang tahun 2030, manakala Segamat pula diberi tanggungjawab sebagai hab pertanian dan industri asas tani atau ‘Agriculture Powerhouse’.


Pembangunan yang lebih seimbang dan holistik ini dilihat berupaya meningkatkan taraf hidup rakyat dan mewujudkan ekosistem ekonomi yang lebih inklusif, sekali gus memacu Johor untuk terus berkembang menjadi sebuah negeri maju dan berdaya saing.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 03:50 PM GMT+8 , Processed in 0.051198 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list