CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 192|Reply: 0

Kemudahan USIM kurang selesa, warden tak sopan

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
SAYA adalah antara puluhan ibu bapa yang baru selesai mendaftar anak saya dalam jurusan Tamhidi Perubatan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 1 Jun baru-baru ini. Malangnya, ada beberapa perkara yang membuatkan saya rasa tidak puas hati dengan mutu perkhidmatan yang disediakan oleh pihak USIM terhadap pelajar baru di situ. \rSejurus menghantar anak memasuki asrama, hati saya sudah mula rasa tidak senang melihat keadaan bilik yang disediakan. Lapan orang pelajar dalam satu rumah tiga bilik dengan satu daripada bilik itu terpaksa dikongsi seramai empat orang. Bukankah ia satu jumlah yang tidak sesuai terutama bagi mereka, pelajar jurusan perubatan yang perlukan penumpuan penuh dalam pelajaran mereka.\r\n\n\n\n\r  Melihat keadaan itu, saya rasa ia umpama rumah sewa untuk warga asing yang sama sekali tidak layak untuk diberikan kepada mahasiswa. Ia nyata satu senario yang kurang rasional dipraktikkan oleh sebuah institusi pengajian tinggi.\r\r\n\n\n\n\n  Tidak cukup dengan itu, dalam kemudahan yang disediakan pula layak dilabel sebagai daif kerana banyak almari yang rosak, katil yang kotor selain ada banyak najis haiwan selain kemudahan internet yang sangat terhad.\rHasrat kami untuk mengadu dan meminta kerjasama Felo atau warden bertugas pula memperlihatkan senario lebih buruk apabila menerima jawapan dalam nada kasar. Nyata hal ini tidak sepatutnya berlaku dan dilihat tidak profesional.\rSaya berharap pihak berkenaan  melihat kelemahan ini dan mencari jalan terbaik meningkatkan mutu perkhidmatan selaras dengan misi dan visi USIM. \rYANG KECEWA,\r\n\n\n\nBapa Pelajar Baru USIM.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 08:05 PM GMT+8 , Processed in 0.492016 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list