View: 136|Reply: 0
|
Anak PM Israel hina Arab, Islam di Facebook
[Copy link]
|
|
BAITULMAQDIS: Anak lelaki Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, Yair Netanyahu, 19, yang juga seorang jurucakap tentera Israel, ditegur pihak atasannya selepas didapati mengirim ulasan fitnah dan cemuhan ke atas masyarakat Arab dan umat Islam di laman Facebook.\rAkhbar harian Haaretz melaporkan, Yair mengirim ulasan yang menyatakan bahawa umat Islam ‘menyambut kebencian dan kematian.’ Akhbar itu tidak menyatakan bagaimana ia memperoleh akses kepada laman Yair.\r\n\n\n\n\rDi laman sama yang dikirim selepas pejuang Palestin memasuki kawasan penempatan Tebing Barat dan menikam hingga mati lima anggota sebuah keluarga Israel, Yair menulis bahawa ‘keganasan mempunyai satu agama dan ia adalah Islam.’\r\r\n\n\n\n\nYair dalam kenyataan berharap ‘tidak akan ada sebuah negara Palestin manakala dua tahun sebelum itu, dia melancarkan kumpulan seramai 23 orang dalam Facebook yang menggesa pemulauan sektor perniagaan dan produk Arab.\rYair mengulas rancangan realiti televisyen Big Brother versi Israel dan supermodel Yahudi, Bar Refaeli, selain menyiarkan gambar dirinya bersama tokoh pemimpin antarabangsa seperti bekas Presiden Bill Clinton dan Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi.\rSatu kenyataan tentera berkata, seorang panglima perang Israel sudah bercakap dengan Yair ‘untuk menjelaskan beberapa peraturan tentera dan menyatakan kesalahan yang dilakukannya, sama seperti yang dilakukan ke atas mana-mana anggota tentera lain.\r“Beberapa ulasannya menyalahi peraturan tentera dan dia sudah diarah memadamkan kenyataan politik selepas ditegur,” kata kenyataan itu.\r\n\n\n\n\rKenyataan fitnah itu menerima kecaman daripada pemimpin Palestin yang sekian lama meragui kenyataan Benjamin Netanyahu bahawa beliau bersedia memberikan hak kepada mereka untuk menubuhkan sebuah negara. – AP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|