CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 82|Reply: 0

Monaco meriah sambut perkahwinan diraja

[Copy link]
Post time 2-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Gosip liar gagal sekat Albert, Wittstock bersatu\rMONACO: Perayaan  bermula di sini untuk perkahwinan diraja mewah berharga AS$60 juta (RM180.63 juta) selama tiga hari yang menyaksikan bekas playboy Putera Albert II berkahwin dengan rakyat biasa, Charlene Wittstock, semalam.\r\n\n\n\n\r   Acara dipenuhi penyertaan selebriti itu bermula malam kelmarin dengan satu konsert di  Stade Louis II, memaparkan kumpulan rock California, The Eagles dan disaksikan oleh 15,000 penduduk negara kecil Laut Mediterranean itu.\r\r\n\n\n\n\n   Sambutan diteruskan ketika Wittstock, juara renang Afrika Selatan muda 20 tahun daripada Albert, dilaporkan merasa ragu-ragu untuk berkahwin, laporan yang dinafikan sekeras-kerasnya oleh istana.\rIa dipercayai berpunca daripada khabar angin  bahawa Albert memiliki anak luar nikah ketiga.\rAwal minggu ini, Wittstock dilaporkan cuba meninggalkan Monaco dalam keadaan tergesa-gesa tetapi ditepis istana. \rIa mengeluarkan kenyataan berbunyi: “Khabar angin ini bertujuan menjejaskan imej putera raja dan seterusnya Wittstock.”\r\n\n\n\n\rWalaupun istana meminta akhbar L\'Express menarik balik berita itu, pengarangnya, Christopher Barbier enggan atas alasan tiga sumber berasingan mengesahkannya.\rInsiden sebelum perkahwinan mewah itu didedahkan selepas sebuah akhbar  melaporkan bahawa Wittstock mendapat tahu rahsia besar masa lalu tunangnya yang menyebabkannya membeli tiket pulang.\rBapa Wittstock, Mike seorang jurujual mesin fotostat, menyokong istana dalam menafikan laporan itu, mengatakan anak perempuannya hanya berkunjung ke Paris untuk membeli-belah bersama ibunya.\rAlbert, 53, akan berkahwin dengan Wittstock, 33, dalam upacara sivil 40 minit di istana dan penyatuan mereka akan dilangsungkan dalam satu upacara Katolik di perkarangan utama istana, hari ini.\rPerkahwinan itu dijangka menjadi acara terbesar Monaca sejak perkahwinan ibu Albert, bintang Hollywood, Grace Kelly dan bapanya, Putera Rainier.\rKira-kira 3,500 tetamu dijemput bagi menyaksikan upacara keagamaan hari ini yang turut disiarkan secara langsung pada layar gergasi di Dataran Istana.\rTetamu utama termasuk Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy, beberapa raja dan puteri raja Eropah, Asia Barat dan Afrika, pereka fesyen Karl Lagerfeld dan Giorgio Armani, supermodel Naomi Campbell, bekas pelakon James Bond, Roger Moore dan pemilik syarikat penerbangan Virgin, Richard Branson.\rUpacara itu akan diikuti  satu perarakan, majlis makan malam rasmi dihidangkan chef terkenal Alain Ducasse dan tarian gala di Opera Garnier dan Terraces of the Monte-Carlo Casino.\rSambutan semalam diakhiri pertunjukan lampu dan bunyi di Pelabuhan Hercules.\rPada 2005, beliau mengakui menjadi bapa kepada budak lelaki 22 bulan dengan bekas pramugari  Togo dan pada 2006, ujian DNA membuktikan beliau juga bapa kepada remaja perempuan, dilahirkan seorang wanita California pada awal 1990-an.  \rPemerhati diraja mengatakan Wittstock mungkin mengalami kesukaran menyesuaikan diri dengan kehidupan diraja berbanding isteri Putera William, Catherine, kini Duchess of Cambridge kerana tidak seperti Middleton, Wittstock dibesarkan dalam persekitaran kelas pekerja dan tidak menghadiri sekolah persendirian mewah. – Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:05 PM GMT+8 , Processed in 0.207791 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list