CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 131|Reply: 0

Mladic buat kecoh di hadapan hakim

[Copy link]
Post time 5-7-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Bekas ketua gerila menghina mahkamah\rTHE HAGUE: Bekas jeneral gerila Serb Bosnia, Ratko Mladic mencetuskan kekecohan di tribunal jenayah perang Yugoslavia semalam apabila berulang kali memaki  ke arah hakim, enggan akur kepada perintah mereka dan tidak mahu menyatakan pengakuan terhadap 11 dakwaan ke atasnya menyebabkan ketua hakim mengusirnya daripada sesi keterangan.\r\n\n\n\n\r   Selepas sesi ditangguhkan seketika sehingga Mladic keluar dari bilik perbicaraan, ketua hakim, Alphons Orie menyambung prosiding dan secara rasmi memberi pengakuan tidak bersalah bagi pihak Mladic sejajar  peraturan jika tertuduh kes enggan membuat pengakuan.\r\r\n\n\n\n\n“Kamu mahu paksa hujah pembelaan untuk  saya, mahkamah jenis apakah ini?” jerit Mladic  ke arah Orie, sejurus  pengawal mengiringi Mladic keluar dari mahkamah.\rMladic, 69, dituduh merancang kekejaman terburuk gerila Serb ketika perang di Bosnia pada 1992 hingga 1995 yang  mengorbankan kira-kira 100,000 penduduk.\rBeliau dituduh melakukan pembunuhan beramai-ramai ketika pembunuhan 8,000 lelaki dan budak lelaki Muslim di wilayah Srebrenica, pembunuhan paling kejam di Eropah sejak Perang Dunia Kedua.\rMladic sengaja mengganggu dan menyampuk prosiding pada kemunculan keduanya di mahkamah itu sejak ekstradisi dari Serbia, sebulan lalu apabila ditahan di sebuah perkampungan luar Belgrade selepas 16 tahun diburu.\r\n\n\n\n\rBeliau memakai topi dan mengangguk kepada orang awam yang hadir meskipun diarah tidak berbuat demikian oleh Orie.\rTidak mempedulikan ketua hakim, Mladic berkata dia hanya seorang lelaki tua dan memakai topi itu kerana kepalanya sejuk.\rMladic mengancam memboikot sesi berkenaan kerana pegawai mahkamah belum melantik peguam Serbia dan Russia yang mahu mewakilinya. Pada masa ini, beliau diwakili peguam yang dilantik mahkamah, Aleksander Aleksic.\r“Kamu mahu memaksa saya menerima sesuatu perkara yang mustahil, saya tidak mahu peguam ini,” katanya pada  awal perbicaraan.\rOrie memberitahu Mladic, mahkamah memegang hak  untuk meluluskan dua peguam itu.\rSeorang peguam yang dikehendaki Mladic ialah Milos Saljic yang menyifatkan peri laku Mladic di mahkamah menunjukkan tertuduh itu tidak layak untuk dibicarakan.\rBeratus-ratus penduduk Sarajevo  berhimpun di medan utama di  ibu negara Bosnia  bagi menonton siaran secara langsung prosiding itu sambil bersorak dan menjerit  ‘penjahat kejam   sudah tiada’ ketika Mladic dibawa keluar bilik mahkamah. –  AP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:06 PM GMT+8 , Processed in 0.238129 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list