CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 150|Reply: 0

Yingluck dituduh rasuah mi pedas

[Copy link]
Post time 17-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Bakal PM Thailand hadapi aduan langgar syarat kempen pilihan raya, jadi proksi Thaksin\rBANGKOK: Dua minggu selepas pilihan raya umum Thailand berakhir, bakal Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra mula menerima tekanan bagi memenuhi janji mengeluarkan belanja besar untuk rakyat tanpa merosakkan ekonomi negara atau memberi ruang kepada musuh abangnya, Thaksin, mencabar kepemimpinan beliau.\r\n\n\n\n\rDalam  satu kempen pilihan raya sebelum ini, lensa kamera merakamkan Yingluck menyingsing lengan memasak hidangan mi pedas di sebuah pasar sambil dikelilingi penyokongnya yang lapar.\r\r\n\n\n\n\nPeristiwa yang sengaja disiarkan untuk meningkatkan imej usahawan berusia 44 tahun itu, bagaimanapun, mencetuskan masalah apabila pembangkang menuduh beliau melanggar undang-undang melarang pemberian sebarang bentuk hadiah dan dalam kes Yingluck, ‘hadiah’ yang beliau beri ialah mi pedas.\rNamun, Yingluck bernasib baik dan terselamat daripada kes itu apabila pemerhati pilihan raya memutuskan bahawa beliau hanya memasak mi berkenaan dan tidak menghidangkannya. \r“Apa yang dihadapi Yingluck sekarang hanyalah permulaan. Beliau bakal berhadapan tekanan lebih besar dalam tempoh terdekat,” kata perunding risiko sebuah firma saham beribu pejabat di Singapura, Brittany Damora.\rPemerhati pilihan raya juga belum mengesahkan kemenangan Yingluck dan cabaran perundangan menimbulkan persoalan mengenai keputusan pilihan raya mungkin berubah. \r\n\n\n\n\rJika ini berlaku, berpuluh-puluh ribu penyokong beliau sudah pasti akan kembali mengadakan perhimpunan di jalan raya dan  mencetuskan semula keadaan tidak stabil di negara itu.\rKetika Yingluck berdepan pelbagai dugaan, beliau juga terpaksa bertungkus-lumus  menghapuskan tanggapan dirinya proksi Thaksin.\rParti Puea Thai pimpinan Yingluck mengadakan kempen besar-besaran menggunakan nama Thaksin dan dasarnya yang popular di kalangan rakyat luar bandar pada pilihan raya baru-baru ini.\rWalaupun langkah ini membantu Yingluck memenangi pilihan raya, ia juga memberi kesan negatif  kepada imej beliau.\rParti Demokrat yang disokong golongan elit dan tentera sudah membuat aduan perundangan menggesa Puea Thai dibubarkan atas dakwaan membenarkan tokoh politik yang diharamkan mengarahkan kempen, termasuk Thaksin.\rDemokrat merujuk kepada slogan kempen Puea Thai, ‘Thaksin Berfikir, Puea Thai Bertindak’ sebagai bukti parti pimpinan Yingluck menggunakan nama ahli politik yang diharamkan bertanding itu. – Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.261790 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list