CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 215|Reply: 0

Ahli Parlimen kunjungi Spratly

[Copy link]
Post time 21-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Tindakan lima  perwakilan dikhuatiri jejas hubungan China-Filipina\rMANILA: Sekumpulan ahli Parlimen Filipina dilaporkan terbang ke Kepulauan Spratly semalam, kata pegawai dan pembantu di tengah amaran China bahawa kunjungan rombongan terbabit ke pulau itu akan menjejaskan kestabilan wilayah Laut China Selatan dan mengganggu hubungan negara terbabit.\r\n\n\n\n\r   Lima wakil Dewan Perwakilan dan sekumpulan kecil wartawan meninggalkan Puerto Princesa di Pulau Palawan ke Pulau Thitu menaiki dua pesawat persendirian pagi ini, kata pegawai lapangan terbang.\r\r\n\n\n\n\n   Walden Bello, yang mengetuai lawatan sehari itu berkata dalam  kenyataan  disediakan komander tentera Filipina  di Puerto Pirncesa menekankan kepentingan  mempertahankan kepulauan Spratly.\r“Kami dalam perjalanan ke Pagasa dan mahu mendarat di wilayah Filipina,” katanya.\rPembantu Bello yang  berada dalam  pesawat terbabit memberitahu  Puerto Princesa dijangka mendarat di pangkalan tentera di Thitu pada lewat pagi.\rLawatan ke kawasan tentera Filipina di Thitu itu dilakukan berikutan ketegangan meningkat di Laut China Selatan, yang dituntut China dan Filipina selain Vietnam, Brunei, Malaysia dan Taiwan.\r\n\n\n\n\rMenteri luar Asia Tenggara menyuarakan kebimbangan serius terhadap pertikaian itu pada  satu mesyuarat di kepulauan peranginan Indonesia, Bali pada Selasa.\rBeberapa insiden  berlaku di kalangan negara menuntut terutama membabitkan China di Laut China Selatan dipercayai kaya dengan minyak dan gas dan menjadi laluan penting bagi perdagangan kapal antarabangsa.\rPasukan tentera China didakwa melepaskan tembakan ke atas nelayan Filipina, mengganggu kapal mencari minyak milik firma Filipina dan meletakkan struktur di kawasan  dituntut Filipina.\rChina turut mengkritik lawatan oleh ahli parlimen Filipina itu.\r“Ia tidak memberi sebarang tujuan tetapi menjejaskan keamanan dan kestabilan di rantau ini dan sabotaj kepada hubungan China-Filipina,” kata kedutaan China di Manila dalam satu kenyataan.\rJabatan luar negara Filipina berkata bahawa ahli parlimen mereka termasuk dua ahli parti Liberal Presiden Benignio Aquino bebas untuk ke sana tanpa kebenaran kerajaan. –  AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.037340 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list