CAPE CANAVERAL (Florida): Kapal angkasa Atlantis meluncur melalui langit terang untuk pendaratan terakhir di Pusat Angkasa Kennedy di Florida semalam, menyempurnakan pengembaraan 30 tahun bagi kapal angkasa NASA.\rAtlantis dan empat anggota krew kembali daripada misi 13 hari menghantar bekalan ke Stesen Angkasa Antarabangsa sejurus sebelum fajar di pusat angkasa di mana kapal itu akan dipamerkan sebagai artifak muzium.\r\n\n\n\n\r Selepas tiga dekad menghantar kapal angkasa ke orbit mengelilingi Bumi, NASA berhenti dari menghantar kapal Shuttle itu untuk menumpukan kepada pembinaan kapal baru yang boleh mengembara lebih jauh ke angkasa. – Reuters