|
Bersalah bunuh guru warga Britain\rCHIBA: Seorang lelaki Jepun dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup di atas kesalahan merogol dan membunuh warga Britain, Lindsay Ann Hawker dan menanam mayat bogel wanita itu dalam tab mandi yang dipenuhi pasir dalam kes paling mengerikan di Jepun dan mendapat liputan meluas.\r\n\n\n\n\r Tatsuya Ichihashi, 32, tinggal di dalam apartmen di mana mayat guru bahasa Inggeris berusia 22 tahun ditemui pada 2007.\r\r\n\n\n\n\n Beliau melepaskan diri ketika polis tiba untuk disoal siasat dan diberkas selepas operasi memburunya secara besar-besaran selama tiga tahun. Malah, lelaki itu turut mencacatkan wajahnya untuk menukar penampilannya.\rIbu bapa Hawker tiba dari Britain untuk mendengar keputusan itu.\rIchihashi, yang memakai baju kemeja hitam dan seluar kelabu serta berambut kerinting tidak bergerak ketika hukuman dibacakan.\rSelepas Ichihashi menghilangkan diri, polis menjalankan operasi mencari secara besar besaran dan menawarkan sehingga 10 juta yen (RM379,845) sebagai ganjaran untuk memberkasnya.\r\n\n\n\n\rKunjungan dan pertemuan Ichihashi dengan pakar bedah plastik membawa kepada penahanannya selepas doktor itu menghubungi polis.\rBeliau ditahan di pelabuhan barat Jepun ketika sedang menanti feri ke pulau selatan Okinawa.\rBekas pelajar pertanian, Ichihashi menerbitkan buku paling laris tahun ini yang memperincikan pengalamannya sebagai pelarian, termasuk menjahit hidungnya untuk mengubah wajah dan tinggal di pulau terpencil serta menghabiskan masa dengan memancing. – Reuters
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|