|
Inspirasi muncul selepas lima tahun berusaha\rMINATNYA terhadap bidang muzik dan nyanyian sememangnya tidak pernah padam. Apatah lagi untuk dia meletakkan titik noktah pada karier yang memperkenalkan dirinya kepada peminat. \r\n\n\n\n\rSejak mencipta nama bersama kumpulan Gersang sekitar 1988 hingga 1990 dengan kemunculan tiga album, diikuti karier secara solo bersama dua album, Man Bai atau Abdul Rahman Osman terus aktif dalam dunia yang cukup disayanginya itu hingga ke detik ini.\r\r\n\n\n\n\nCuma mungkin kerana tidak banyak publisiti diberikan kepadanya, maka sebahagian peminat berasakan lelaki ini sebenarnya tidak lagi bergiat cergas dalam dunia seni. Lebih-lebih lagi, album terakhirnya sudah pun hampir berusia 13 tahun.\rNamun penyanyi ini pada hakikatnya mempunyai keazaman yang masih kuat untuk menghadiahkan lagu mahupun album buat peminat. Tanpa publisiti atau ruang untuk menonjolkan diri, Man Bai berusaha juga menghasilkan produk baru, walaupun mengambil masa bertahun-tahun.\rBerkat kesabaran dan usahanya itu, muncul buah tangan terbaru daripada penyanyi ini apabila Inspirasi berjaya disiapkan dengan kerjasama Sony Music. Ia sebuah naskhah yang menurutnya, mengambil masa kira-kira lima tahun untuk direalisasikan.\r\"Inspirasi ialah segala idea saya yang terpendam selama ini. Ia umpama sebuah hadiah yang akhirnya mampu saya persembahkan buat seluruh peminat yang lama menanti.\r\n\n\n\n\r\"Saya sendiri sememangnya teringin sekali untuk terus menyanyi. Inilah pekerjaan yang saya sukai. Cuma, mungkin sebelum ini saya tidak mendapat banyak publisiti, sedangkan karier saya tidak pernah pun terhenti. Mungkin peluang untuk saya tiada, ketika itu,\" katanya yang menganggap tempoh lima tahun untuk menyudahkan projek album itu agak sukar untuk ditempuhi.\rSaat itu, hanya kesabaran dan minat mendalam terhadap muzik, yang membolehkan artis ini terus kekal bertahan sehingga akhirnya muncul juga album berkenaan.\r\"Apabila saya menghasilkan album ini, ia bukan bermakna saya mengejar populariti. Sebaliknya jika ia datang seiringan dengan kemunculan buah tangan terbaru, tentu sekali saya menganggapnya sebagai bonus,\" katanya.\rDitemui pada majlis rakaman Melodi Raya di Pusat Dagangan Dunia Putra baru-baru ini, Man Bai memberitahu, album terbabit boleh dilihat sebagai terjemahan dirinya selama ini. Muzik dan rasa yang dimuatkan di dalam Inspirasi ialah cita rasa dan identiti dirinya sendiri.\rBiarpun dia menerbitkan kesemua lapan lagu termuat dalam album itu, namun hanya sebuah lagu diciptanya sendiri. Lagu berjudul Kita Cinta itu dinyanyikannya bersama Datuk Khadijah Ibrahim.\r\"Sebenarnya lagu berkenaan sudah lama dirakam. Namun hanya apabila pihak Sony berminat untuk menjayakan projek ini, barulah saya susun semula muziknya,\" dedah Man Bai yang turut merakamkan kembali dua lagu popularnya, Masih Aku Terasa dan Kau Ilhamku.\rKedua-dua lagu berkenaan bagaimanapun diberikan sentuhan baru, dengan memasukkan sekali muzik bertali. Kata penyanyi ini, Kau Ilhamku ciptaan sepenuhnya Asmin Mudin kedengaran lebih santai pada kali ini.\rSelain tiga lagu terbabit, dimuatkan sama dalam albumnya itu ialah Air Mata (Asmin Mudin), Tentang Cinta (Ahmad Zahir / Jisteraizi), Sendiri (Ahmad Zahir) dan Awan Berlalu Pergi (Alim OAG).\rDitanya kepadanya, apakah album terbaru terbabit turut menyenaraikan lagu yang mempunyai kekuatan sama seperti Kau Ilhamku, yang sememangnya cukup sinonim dengan populariti dirinya, Man Bai tanpa ragu-ragu memberitahu, Air Mata yang dihasilkan pencipta sama boleh dianggap karya yang betul-betul mempunyai ‘rasa’ yang sama dengan lagu berhantu itu.\r\"Lagu itu berkisar pada tangisan dan kesedihan manusia dalam kehidupan ini. Sedikit sebanyak, ia juga menyentuh pengalaman saya sendiri. Tangisan itu sesuatu yang memang amat saya hargai. Kebanggaan dan keangkuhan diri kita sebenarnya lenyap dengan gugurnya air mata di pipi,\"爇atanya berfalsafah.\rCukup menggembirakan dirinya apabila maklum balas yang diterima daripada teman dan peminat yang sudah mendengar album itu lebih bersifat positif. Bahkan dia sendiri berasakan selepas sekian lama, kemampuan vokalnya bertambah baik.\r\"Namun saya tetap berasakan, saya belum memberikan keupayaan 100 peratus untuk album ini. Masih ada 30 peratus yang masih tersimpan dalam diri. Tunggulah, mungkin selebihnya akan ditampilkan dalam produk lain nanti,\" katanya sambil tersenyum.\rKatanya lagi, album berkenaan sepatutnya sudah dilancarkan dan menemui peminat di pasaran, namun dek populariti lagu nyanyiannya bersama kumpulan Pop Shuvit, Seperti Syurgamu, yang terkandung dalam album kumpulan itu, maka produknya disimpan terlebih dulu untuk memberikan laluan kepada kumpulan berkenaan menggapai publisiti dan kejayaan terbaik.\rGersang kembali bersatu\rKINI, selepas berjaya muncul bersama album solo terbaru, Man Bai sudah berkira-kira pula untuk tampil dengan sebuah lagi projek. Kali ini, dia akan bergandingan sekali lagi bersama anggota Gersang yang lain seperti Acis, Man Greng, Jojet, Ajib ataupun Kid, untuk menghasilkan album baru kumpulan itu.\r\"Perbincangan awal bersama Acis sudah pun dilakukan. Pada asasnya, masing-masing teruja untuk melaksanakan projek ini, yang dijangka dapat disempurnakan pada 2012 nanti,\" katanya yang masih berhubungan dengan kesemua anggota kumpulan yang dibubarkan sekitar 1990 itu.\rProjek yang diharap dapat mempromosikan kembali kumpulan berkenaan bakal memuatkan lagu lama dan baru.\r\"Saya percaya, bunyi dan produksi untuk album berkenaan akan nyata berbeza daripada apa yang pernah didengar peminat ketika kami mula-mula muncul dulu. Maklumlah, masing-masing sudah banyak menimba pengalaman sepanjang tempoh itu,\" katanya lagi.\rBersama kumpulan berkenaan, Man Bai pernah muncul bersama album Gersang (1988), Takdir (1988) dan B29 (1989). Secara solo pula Man Bai menghasilkan album Man Bai (1997) dan Positif (1998).
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|