|
Chef Nazri, Ana Dahlia rapat selepas diperkenalkan Serina\rRONA biru firus sedondon yang dikenakan pasangan ini sewaktu menghadiri acara rakaman Melodi Raya yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini berjaya membuat tetamu lain tidak lepas pandang terhadap mereka berdua. Maklum sajalah, apabila dua anak muda berlainan jantina mengenakan persalinan yang sama warna, pasti akan ada yang membuat andaian ada hubungan istimewa yang mengikat diri mereka.\r\n\n\n\n\rApatah lagi kedua-duanya umpama belangkas, ke mana saja pergi asyik bersama, lagilah menguatkan andaian pastinya pasangan itu memang sedang hangat bercinta. Itulah juga persepsi pihak media sebaik saja melihat anak bujang kepada chef terkenal, Chef Wan iaitu Chef Nazri, hadir ke majlis itu bersama pelakon yang dicungkil bakatnya menerusi program Pilih Kasih, Ana Dahlia.\r\r\n\n\n\n\nKemesraan mereka berdua yang dilihat sepanjang acara itu berlangsung membuatkan pasangan ini menjadi buruan media untuk mendapatkan penjelasan adakah mereka berdua memang benar-benar bercinta, ataupun sekadar meneruskan tradisi pasangan artis lain yang lebih selesa menggunakan terma “teman tapi mesra”.\rSaat diajukan pertanyaan ini kepada kedua-duanya, seperti biasa, tiada pengakuan rasmi yang dibuat. \rSebaliknya, pasangan ini lebih selesa mengatakan bahawa mereka adalah kawan rapat dan masih dalam peringkat mengenali hati budi masing-masing. Mungkin masih terlalu awal untuk kedua-duanya mengisytiharkan kepada khalayak bahawa mereka adalah pasangan kekasih.\rNamun, sedang mereka berkawan rapat, sempat juga Nazri membawa pelakon utama filem Mantra itu berjumpa dengan bapa tersayang.\r“Memang saya ada bawa Ana berjumpa dengan ayah baru-baru ini dan ayah suka padanya,\" dedah Nazri memberi petanda awal hubungannya dengan pelakon berasal dari Perak itu mendapat restu sepenuhnya.\rBercerita saat kali pertama bertemu dengan gadis berusia 28 tahun itu, Nazri berkata, perkenalan berkenaan diatur sendiri kakaknya, Serina.\r“Kakak ada memberitahu bahawa dia ingin memperkenalkan saya dengan kawannya iaitu Ana dan menyuruh saya memasak untuknya. Tak tahu pula yang dia (Ana) tak makan ayam, sedangkan pada masa itu saya masak ayam. Apa lagi, kena marahlah saya dengan Serina.\r“Tapi selepas itu dia aturkan pertemuan kedua dan barulah saya masak makanan yang dia boleh makan. Selepas itu, kami rasakan yang kami selesa berkawan sehinggalah rapat seperti sekarang,” ceritanya malu-malu.\rDitanya apakah yang membuatkan dia tertarik untuk berkawan dengan gadis terbabit, jejaka berusia 29 tahun ini berkata, sifatnya yang berdikari, ceria serta begitu memahami dirinya, membuatkan dia amat menyenangi gadis itu.\r“Kami berdua sibuk dengan kerjaya masing-masing serta jarang berjumpa. Bagaimanapun Ana tidak pernah sesekali merungut atau mendesak. Yang membuatkan saya kagum dengannya, walaupun dia seorang yang kelihatan moden, tapi dia tidak kekok di dapur. Masakan dia pun sedap,” puji Nazri yang kini mengusahakan restoran On The Table di Solaris Dutamas.\rTidak bermusuh dengan David\rMESKIPUN lidahnya tidak pernah melafazkan sebarang pengakuan, namun daripada bahasa tubuh yang ditunjukkan, serta sinar mata yang terpancar, sudah cukup untuk menterjemahkan Nazri sememangnya lelaki yang paling tepat untuk dijadikan calon suami.\rApatah lagi hubungan yang berputik sejak lima bulan itu mendapat restu keluarga daripada kedua-dua belah pihak, yang pasti membuatkan ramai yang menyangka mereka bakal ke jenjang pelamin dalam masa terdekat. Bagaimanapun, ketika diajukan pertanyaan ini kepada si empunya diri, Ana menyangkal tanggapan itu.\r“Kerjaya seni saya pun baru saja bermula. Biarlah selepas saya stabil dulu dalam bidang ini, barulah saya bersedia untuk berumah tangga. Apapun, saya serahkan perkara ini kepada Tuhan kerana Dialah yang menentukan segala-gala,” ujar Ana yang akan muncul dengan drama komedi berjudul Pusing Raya serta drama bersiri Metro Skuad.\rUmum juga mengetahui, Ana sudah pun keluar daripada syarikat pengurusan Metrowealth. Apabila dia bertindak sedemikian, ramai yang membuat spekulasi kononnya dia dan David Teo tidak sebulu. Ketika ditanyakan kesahihan perkara itu, Ana tanpa ragu-ragu menafikannya.\r“Saya keluar daripada Metrowealth dengan cara baik dan tiada sebarang permusuhan yang berlaku. Hubungan saya dengan David masih baik sehingga kini. Malah kalau kami berjumpa pun, dia sering mengajak saya datang ke pejabatnya. \rSaya keluar daripada syarikat pengurusan itu kerana mahu lebih berdikari dan alhamdulillah, tawaran berlakon tetap ada,” ujarnya sambil mengukir senyuman manis.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|