CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 101|Reply: 0

Saman tetap diteruskan

[Copy link]
Post time 17-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Ramli MS setuju tarik balik kalau penganjur selesaikan baki bayaran\rSELESAIKAN bayaran tertunggak, semua masalah selesai. Demikian kata dua daripada Datuk Ramli MS berhubung tindakannya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur Konsert Keunggulan 33 Tahun Francisca Peter. \r\n\n\n\n\r“Tiada lagi rundingan. Kalau penganjur gagal bayar baki bayaran yang dituntut, saya meneruskan saman. Tuntutan sudah dihantar kepada pihak berkenaan.\r\r\n\n\n\n\n“Peguam saya sudah menyediakan draf saman kepada pengarahnya, Shegar, dan wakil ticket2u.biz, Zulkhairi Ghazali (Zul), yang memberi jaminan kepada saya untuk melunaskan bayaran tapi gagal berbuat demikian,” katanya ketika ditemui pada Majlis Iftar Bersama Anak Yatim anjuran Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim anjuran Pertubuhan Kebajikan Anak yatim Dan Miskin Daidati Khadijah di Quality Hotel City Centre, baru-baru ini.\rKenyataannya itu juga jelas menunjukkan ketegasan penggubah dan pemimpin muzik ini dalam menyatakan pendiriannya untuk tidak menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab.\r“Kalau boleh dibayar, semua masalah selesai. Saya sudah memberi masa selama tujuh bulan, tetapi perkara ini diambil mudah,” katanya.\rRamli juga menegaskan  Zulkhairi yang ada pada malam itu bersama seorang lagi kakitangan Istana Budaya (IB) sendiri tahu bahawa dia dan pemuzik pimpinannya mahu menarik diri pada malam itu kerana bayaran penuh tidak dibuat oleh penganjur.\r\n\n\n\n\r“Seperti yang pernah saya beritahu sebelum ini, Zul dan wakil IB ada pada malam itu. Mereka juga tahu saya nak balik (tarik diri daripada meneruskan persembahan) kerana tidak dapat bayaran penuh, tetapi Zul memujuk dan memberi jaminan kepada saya atas nama IB, satu nama yang cukup besar bahawa dia akan membayar kami menggunakan kad kreditnya,” katanya.\rBagaimanapun, selepas 10 hari, apabila dia bertanyakan berkenaan soal bayaran, Zul hanya memberikan pengakuan maaf kerana tidak dapat membayar seperti yang dijanjikan.\r“Dia terlalu jujur mengatakan maaf kerana terpaksa menipu. Bagi saya kewujudan Zul pada malam itu adalah punca masalah ini berlaku kerana dia sendiri tahu saya nak balik saja pada malam itu. Saya percaya kerana dia memberi jaminan menggunakan satu nama yang cukup gah, Istana Budaya,” katanya.\rRamli berkata, dia tidak mahu ambil tahu masalah antara Zul dengan penganjur konsert kerana isu utamanya adalah baki bayaran seperti yang dijanjikan.\rDitanya adakah ketegasannya dalam soal bayaran akan menjejaskan reputasinya, Ramli tidak menolak sedikit sebanyak imejnya tercalar, namun dia mahu memperjuangkan keadilan terhadap dirinya serta pemuzik di bawah pimpinannya.\r“Saya tetap kena teruskan (tindakan saman). Memang orang akan kata saya tegas dalam perkara ini tetapi saya berpegang kepada satu nama besar yang memberi saya jaminan sebelum naik ke pentas. Itu sebabnya saya berani meneruskan persembahan,” katanya yang  dibantu 45 kakitangan seperti pemuzik, jurutera bunyi dan rakaman.\rRamli mendakwa, Zul disifatkannya sebagai hero yang mahu menyelamatkan keadaan namun jaminan yang dibuat tidak dikotakan.\r“Sepatutnya mereka bayar 100 peratus sebelum konsert dimulakan,” katanya yang sebelum ini memegang prinsip bayar dulu baru urusan kerja dilaksanakan.\rKatanya, selepas kemelut yang berlaku ini, dia berharap tidak akan ada lagi pihak yang cuba menindas artis iaitu penyanyi dan pemuzik kerana banyak artis kini menjadi mangsa ‘kapur’ pihak tidak bertanggungjawab.\r“Untung atau rugi sesuatu persembahan terpulanglah kepada penganjur. Artis bekerja untuk cari makan dan bayaran perlu dibuat,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.041878 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list