|
Kemunculan diharap dapat mengisi tempat Allahyarham Din BeramboiKEPETAHANNYA bercakap selain telatah lucunya yang menghiburkan seolah-olah memberi kelebihan kepada Johan ketika berada di konti radio Era FM sejak tiga minggu lalu.\rTernyata semua yang dilakukan oleh Johan ini membuktikan dia bukan sahaja seorang pelakon komedi yang baik tetapi juga mempunyai bakat sebagai juruhebah radio. \r\n\n\n\n\rTambahan pula setiap bidang yang dilakukan disertakan dengan minat mendalam, membuatkannya tidak berasa kekok untuk melakukan bidang barunya itu. \r\r\n\n\n\n\nDitemui di majlis berbuka puasa bersama di Restoran Bora Ombak, Ampang baru-baru ini, Johan berkata, sejak terjun ke cabang seni yang lain ini, sedikit sebanyak memberi pembaharuan kepada dirinya yang dikenali sebagai pelawak, pelakon dan pengacara.\r“Saya memulakan tugas sebagai penyampai radio sejak tiga minggu yang lepas dan kini mengendalikan program hujung minggu dari pukul 7 hingga 11 pagi. Saya tidak mengendalikan rancangan ini berseorangan. Setiap minggu saya akan bertukar pasangan, saya pernah berganding dengan Adifashla, Ira dan Shac.\r“Sebenarnya Era FM membuka tawaran untuk JOZAN (gabungan Johan dan Zizan), tapi Zizan belum bersedia lagi dan sibuk dengan aktivitinya. Sama sekali tidak mengetepikan Zizan, disebabkan dia sibuk, saya tidak mahu melepaskan peluang dan menerima tawaran itu secara individu. Lagipun memikirkan saya mempunyai keluarga untuk ditanggung, tawaran ini agak penting buat saya.\r“Lagipun saya memang suka bercakap, menjadi penyampai kena banyak bercakap, secara tidak langsung ia sesuai dengan diri saya. Ini kali pertama saya bercakap tanpa tunjuk muka,” katanya.\r\n\n\n\n\rMenurut pelakon yang bakatnya dicungkil daripada program Raja Lawak ini, walaupun kali pertama dan dalam tempoh penerimaan, setakat ini semuanya lancar dan sambutan daripada pendengar juga sangat baik. \r“Syukur, saya tidak merasa kekok berkomunikasi dengan pendengar. Sekarang ini saya hanya penyampai sambilan, dan dengan izin tuhan mungkin pihak pengurusan akan menyerapkan saya sebagai penyampai tetap tidak lama lagi,” katanya yang hadir di majlis berbuka puasa ini dengan ditemani isterinya Ozlynn.\rTurut hadir ke majlis berbuka puasa bersama 30 pendengar bertuah Era FM ini juga ialah penyampai radio Era Fm iaitu Adifashla, Ira, Shac, Ray dan Haniff serta Pengurus Rancangan Era FM, Nazri Noran.\rBakal digandingkan dengan Pak Nil\rMengulas lebih lanjut mengenai pengambilan Johan sebagai penyampai stesen radio yang mencecah empat juta pendengar ini, Nazri berkata pengisian Johan ini berdasarkan kredibilitinya yang mampu menghiburkan pendengar dengan keletah dan ideanya yang cukup ligat.\r“Kalau diikutkan, kami memberikan tawaran ini kepada JOZAN sejak tahun lepas lagi, dan disebabkan mereka sibuk dengan program Maharaja Lawak, keputusan terpaksa ditunda. Seperti kata Johan, Zizan sibuk dan Johan menawarkan diri secara berseorangan, lagipun JOZAN bukanlah kumpulan kerana ia diwujudkan semata-mata untuk program Maharaja Lawak.\r“Era FM sudah berusia 13 tahun dan demi perkembangan radio ini untuk masa akan datang, kami mahu ketengahkan bakat baru dan Johan serta Zizan adalah antara bakat yang kami intai. Sejak awal Ogos lalu Johan memulakan tugasnya dan ingin melihat keserasian dirinya bersama penyampai lain, Johan ditugaskan untuk mengendalikan segmen hujung minggu buat sementara waktu,” katanya.\rTambah Nazri lagi, pihaknya ada perancangan untuk menggandingkan Johan dengan Aznil Nawawi atau Pak Nil, dan akan melihat keserasian mereka dulu sebelum menetapkan apa-apa keputusan. \r“Buat permulaan ini, Johan mungkin jadi pengganti tempat Pak Nil kalau Pak Nil cuti untuk melihat mengendalikan segmen Riuh Pagi Di Era. \r“Mungkin lepas raya ini Johan akan diserapkan menjadi penyampai tetap dengan slotnya tersendiri dan semuanya akan dinilai kembali apabila semuanya sudah bersedia. Setakat ini banyak tindak balas positif yang diterima, sampai ada yang minta rakaman program kendaliannya untuk diputarkan kembali,’ katanya.\rMenurut Nazri, Johan seorang yang cepat serasi, tidak kira dengan siapa dia digandingkan, dan itu antara kekuatan pelawak ini serta ideanya yang tidak pernah kering dalam menghiburkan peminatnya.\rSejak pemergian Din Beramboi, akui stesen radio ini sukar mencari pengganti dan ia memakan masa lama untuk mengisi ruang kosong itu. Selain Johan, pengurusan Era FM akan menimbangkan seorang lagi penyampai baru wanita. \r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|