CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 125|Reply: 0

Ratu Sensasi?

[Copy link]
Post time 23-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Ratu Sensasi?Oleh Farihad Shalla [email protected]/09/23\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBukan kerana bunuh diri...\rIBARAT seorang pesalah yang menanti saat dibicarakan, begitulah juga situasi penyanyi dan pelakon, Marsha Milan Londoh di saat berdepan dengan sekumpulan media yang ingin mendengar sendiri dari mulutnya perihal insiden yang menggemparkan dunia hiburan kira-kira dua minggu lalu. \r\n\n\n\n\rSebelum kisah telan pil, penyanyi dan pelakon ini muncul dengan cerita sensasi mengaku kononnya sudah berkahwin lengkap dengan gambar dirinya dengan pakaian pengantin, sedangkan rupa-rupanya itu hanyalah antara adegan dalam klip video untuk lagu terbarunya. \r\r\n\n\n\n\nDimasukkan ke hospital selepas dikatakan menelan pil berlebihan akibat tertekan kerana perselisihan faham dengan teman lelaki membuatkan bintang program realiti Akademi Fantasia musim ketiga ini diheret dalam satu lagi lembah kontroversi dan terus menjadi buruan media yang mahukan kenyataan rasmi darinya.\rNamun usaha untuk mendapatkan kenyataan dari si empunya diri tidak berhasil apabila telefon genggamannya gagal ditembusi. Malah khidmat pesanan ringkas (SMS) yang ditinggalkan juga tidak berbalas.\rKhabarnya, walaupun sudah stabil namun Marsha dinasihatkan doktor supaya berehat serta tidak diganggu sesiapa.\rSeperti yang pernah dijanjikannya sebelum ini, Rabu yang lalu, Marsha mengumpulkan kekuatan untuk menjelaskan situasi sebenar yang terjadi pada tanggal 7 September lepas.\r\n\n\n\n\rPada sidang media itu, dengan ditemani bekas pengurusnya, Syada Rosli penyanyi berkenaan berkali-kali menegaskan bahawa insiden dimasukkan ke hospital itu tidak ada kena mengena dengan dakwaan menelan 30 biji pil ataupun sebagai satu cubaan membunuh diri.\rSebaliknya, tegas Marsha, dia memang tidak sihat kerana penyakit sinobronchitis yang dihidapinya sejak beberapa tahun lalu selain mempunyai tekanan darah rendah.\r“Malam sebelum kejadian itu berlaku, badan saya memang rasa lain macam. Tak sihat dan rasa lemah. Selepas ambil ubat preskripsi doktor dan ubat tekanan darah rendah, saya terus masuk tidur. \rKeesokkan harinya, sebelum keluar, saya sekali lagi makan ubat. Bagaimanapun, ketika memandu, saya terlanggar pembahagi jalan.\r“Bila saya pulang ke rumah, sewaktu turun tangga, saya terjatuh dan pengsan. Selepas itu saya tak sedar apa-apa. Apa yang saya tahu, saya di bawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas dimaklumkan oleh pihak pengurusan di kediaman saya,” kata Marsha ketika ditemui pada majlis Hari Raya Alibi Music di Mutiara Damansara kelmarin.\rTambah Marsha, mana mungkin dia akan membuat perkara bodoh seperti itu kerana dia masih mempunyai pegangan agama yang kuat dan fikirannya masih waras dalam menilai baik buruk sesuatu perbuatan.\rSebelum ini terdengar desas desus yang mengatakan, Marsha bertindak menelan pil berlebihan kerana tertekan disebabkan pertengkaran dengan teman lelakinya yang hanya dikenali dengan nama Mr Z.\rBagaimanapun, ketika mengulas perkara itu, Marsha mengakui hubungannya dengan lelaki itu sudah berakhir beberapa minggu lalu.\r“Saya pernah melalui episod percintaan yang lebih teruk sebelum ini. Jadi takkanlah bila putus cinta, saya mahu bertindak bunuh diri pula. Pegangan agama saya masih kukuh dan saya tidak akan buat benda yang bukan-bukan semata-mata kerana cinta.\r“Terus terang, hubungan kami sentiasa pasang surut. Gaduh adalah perkara biasa bagi kami. Sekejap putus sekejap baik. Tapi kali ini kami memang putus betul-betul,” tegasnya.\rBukan saja dikatakan bergaduh dengan teman lelaki, Marsha juga dikatakan menghadiri sebuah parti pada malam kejadian dan didakwa bertengkar dengan salah seorang tetamu.\rDan insiden itu dikatakan turut menjadi penyebab Marsha menelan pil berlebihan.\r“Saya mengaku yang saya ada menghadiri parti berkenaan tetapi bukan pada malam sebelum kejadian. \rAcara itu berlangsung dua malam sebelumnya dan saya menafikan berlakunya pergaduhan sewaktu berada di majlis itu,” kata Marsha yang sesekali menoleh ke arah Syada ketika menjawab soalan.\rBelum terfikir soal kahwin\rBELUMPUN reda cerita hangat  Marsha putus cinta dengan Mr Z dimaklumkan kepada media, Marsha dikatakan sedang menjalinkan hubungan dengan seorang jejaka yang sudah lama dikenalinya. Dan jejaka itu juga khabarnya turut hadir pada majlis rumah terbuka itu untuk menemani dirinya.\rKetika ditanyakan kesahihan perkara itu, penyanyi yang popular menerusi lagu Yang Terbaik itu mengakui dia dan lelaki itu memang berkawan rapat.\r“Saya sudah lama mengenalinya dan buat masa ini kami selesa berkawan saja,” kata Marsha yang kelihatan malu-malu sewaktu menjawab pertanyaan itu.\rMelihat sejarah percintaan penyanyi ini, tidak dapat dinafikan Marsha kelihatan lebih selesa memilih jejaka Melayu sebagai teman lelaki. Sebagai seorang yang ada pegangan agama, tidakkah perkara itu nanti bakal menimbulkan konflik seandainya Marsha mahu menamatkan zaman solonya dengan teman lelakinya itu? \rPendek kata, adakah keluarga Marsha merestui perhubungan membabitkan perbezaan agama itu.\r“Biarpun sedang bercinta namun saya tidak pernah membangkitkan persoalan itu kepada keluarga. Lagipun saya sendiri belum memikirkan soalan perkahwinan kerana perkara itu masih jauh lagi,” katanya yang bakal muncul dengan lagu terbaru berjudul Tak Perlu Selamanya yang turut dimuatkan dalam album runut bunyi filem Mantera lakonan Tomok.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:56 AM GMT+8 , Processed in 0.045614 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list