CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 140|Reply: 0

Langgar filem samseng kreatif

[Copy link]
Post time 27-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
TIDAK mudah merealisasikan sebuah filem aksi ala gangsterisme, apatah lagi apabila ia membabitkan lebih 60 peratus babak pertarungan dan kemalangan hingga memerlukan penerbit mengeluarkan peruntukan bajet berganda berbanding kebiasaan.\rNamun syarikat produksi Hadir Dinamik Sdn Bhd (HD), juga penerbit bersama Tayangan Unggul (TU) yakin produk yang diberi judul Langgar itu punya keistimewaan tersendiri untuk memancing penonton ke pawagam.\r\n\n\n\n\rPenerbit Bersekutunya, Hazil Izham Ismail, berkata jalan cerita padat selain karektor mampan menghidupkan lagi kisah perebutan tiga kumpulan samseng yang mahu mengukuhkan jajahan, tambahan pula penulisnya sendiri, Sein, memberi sentuhan magisnya sebagai sutradara.\r\r\n\n\n\n\nBersama peruntukan mencecah RM2.1 juta, Langgar digarap penuh teliti menepati kehendak semasa hasil gabungan idea bekas anggota kumpulan Ruffedge, Syed Hussein Syed Mustafa atau Sein bersama teman baiknya, Pierre Andre.\rHazil Izham berkata, pihaknya percaya dengan kemampuan Sein yang dirasakan kreatif, melihat sesuatu di luar kotak, berani mencuba dan paling utama sedia menerima pandangan. Hingga kini hampir 90 peratus kerja penggambaran sudah diselesaikan. \rLanggar bakal menyerlah hasil kerja Sein di set yang penuh kreatif mencorak kisah seperti yang digambarkan dalam skrip.\rMelihat kepada bajet pula, mungkin ia lebih besar berbanding genre lain, namun pelaburan ini dirasakan berbaloi dengan hasil kerja yang cukup teliti apatah lagi banyak adegan pelanggaran, katanya mengenai filem yang dijangka menemui khalayak tahun depan.\r\n\n\n\n\rMemulakan penggambaran pada 15 Ogos lalu dan hanya cuti seminggu untuk sambutan Syawal, Hazil Izham menaruh harapan tinggi terhadap Langgar apatah lagi ia filem Melayu pertama syarikatnya. \rKatanya lagi, sebelum ini HD lebih tertumpu kepada penerbitan telefilem dan sebelum Langgar, syarikatnya giat menyempurnakan sebuah filem bercorak psiko seram arahan James Lee berjudul Curry Claypot Killers yang kini dalam proses akhir suntingan.\rPerancangan asal, sememangnya kami mahu menghasilkan sebuah filem aksi gengsterisme untuk filem Melayu pertama dan apabila Tayangan Unggul tampil dengan kertas kerja yang dibentangkan Sein dan Pierre, saya lihat jalan cerita dan barisannya pelakonnya amat menarik. \rHD sendiri sudah punya skrip filem aksi tetapi ia masih dalam pembikinan.\rSelepas Langgar, kita mungkin teruskan dengan buah tangan ketiga kerana kami yakin penonton menyukai filem aksi. \rLihat saja KL Gangster, pada saat penerbit lain berlumba-lumba menghasilkan filem komedi dan seram, ia mampu memecah dominasi.\rBegitupun kami tidak meniru filem sedia ada termasuk antarabangsa seperti Godfather kerana di tangan Sein, ia menjurus kepada hasil kerja yang berlainan baik dari segi pengarahan mahu pun syot penggambaran, katanya yang mengakui kebanyakan babak sukar tidak menggunakan teknik imej janaan komputer (CGI).\rMengakui ramai produksi yang lebih senang mendapat bantuan CGI untuk mencantikkan produk akhir, mereka yakin kepakaran barisan bintang utama selain penggunaan pelakon aksi menghidupkan lagi kisah pembalasan dendam itu.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-6-2024 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.051349 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list