|
BANGGA dan teruja, itulah perasaan yang dapat digambarkan oleh mereka yang kali pertama namanya berada dalam senarai pencalonan awal Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 edisi ke-25 (ABPBH25).\rMeskipun baru setahun jagung terbabit dalam industri, ada di antara mereka tercalon dalam dua kategori, ini menunjukkan keupayaan bakat mereka dalam bidang seni masingmasing. \r\n\n\n\n\rMasih terlalu awal untuk menjangkakan kelayakan mereka dalam senarai Top 5 kerana selepas semuanya hanya ditentukan oleh kuasa pemilihan peminat dan pembaca Berita Harian apabila borang pencalonan mula dikeluarkan hari ini.\r\r\n\n\n\n\nBagaimanapun, bagi mereka, menang atau kalah bukan faktornya tetapi cukup sekadar tercalon dalam anugerah berprestij itu sudah memadai dan membuktikan bakat mereka dipandang serta dihargai peminat.\rBiarpun masih baru, Neelofa berbangga kerana namanya terpilih dalam senarai awal pencalonan. Lebih manis lagi dia dicalonkan dalam dua kategori, Artis Baru Wanita dan Pelakon TV Wanita.\r\"Saya bersyukur sangat kerana nama saya terpilih dan kalau tersenarai dalam Top 5 itu penghargaan daripada peminat dan pembaca Berita Harian yang menghargai bakat saya.\r\"Kini baru saya merasai bagaimana perasaan artis yang pernah tercalon dalam anugerah besar macam ini.\r\n\n\n\n\rBerasa bangga kerana masih baru tetapi diberi kepercayaan oleh Berita Harian,\" katanya.\rTidak pernah terfikir untuk berada di tahap sebegini dalam waktu terdekat kerana merasakan masih banyak yang perlu diterokainya, Neelofa menyerah bakatnya atas penilaian pengundi.\rRamai calon berbakat yang tersenarai dalam pencalonan awal itu, dirinya tidak berasa tersisih bahkan berasa bangga berada sebaris dengan artis terkenal lain. \r\"Jangan bercakap soal menang atau kalah sekarang kerana masih belum diputuskan lagi dalam Top 5, sebaliknya jika tercalon dalam senarai lima terbaik itu sudah cukup memadai bagi saya.\r\"Soalnya sekarang sejauh mana bakat yang kita ada dan sejauh mana peminat atau pengundi menilai bakat yang kita miliki. Kalau terpilih itu tandanya mereka menghargai bakat kita,\" jelasnya.\rIzara Aishah pula berterus terang sememangnya mempunyai impian untuk memiliki sekurang-kurangnya satu anugerah dalam kariernya.\rMenganggap memiliki anugerah adalah satu penghormatan di atas bakat dan hasil kerjanya dalam bidang seni.\r\"Saya tak jangka terpilih kerana masih baru, tetapi syukur Alhamdulilah tercalon buat kali pertama dalam ABPBH25. Saya memang nak anugerah dan itu memang sasaran saya sejak terbabit dalam industri ini kerana merasakan anugerah itu satu penghormatan di atas apa yang kita lakukan dalam karier kita,\" jelasnya.\rTidak mahu memfokuskan dua bidang dalam satu masa, Izara mahu memberi lebih tumpuan dalam bidang yang menaikkan namanya terutama sejak terbabit di dalam drama Soffiya.\rImpak watak Fiona dalam drama itu memberi kesan mendalam dalam dirinya meskipun watak antigonis yang dilakonkanya akan memberi kesan buruk terhadap dirinya.\r\"Watak itu memang betul-betul berkesan sampaikan orang kenal Fiona daripada saya. Jika orang terkesan dengan watak itu tandanya karakter meninggalkan impak kepada penonton,\" katanya yang akan menjalani penggambaran dramanya yang ke-11 pada 26 November ini.\rBagi penyanyi yang popular dengan lagu Pulanglah, Awi Rafael, kali pertama dicalonkan dalam ABPBH membuka peluang dan ruang untuk dirinya melebarkan lagi sayap seninya di Malaysia.\rBerasakan pencalonan ini suatu titik permulaan baginya untuk lebih dikenali, Awi menyerahkan kuasa penilaian kepada pengundi dalam menilai bakat yang dimiliki.\r\"Jika tercalon dalam Top 5 itu membuktikan masyarakat menerima bakat dan menyokong saya. Berada dalam Top 5 sudah bersyukur sebagai pemain baru dalam industri. Rasa berterima kasih sangat kepada Berita Harian kerana memilih saya,\" katanya yang bakal muncul dengan single terbaru, Aku Bukan Bintang. \rSibuk dengan aktiviti seninya tidak menghalang Awi untuk mencipta lagu buat penyanyi lain dan kepercayaan yang diberikan oleh syarikat label muzik membuka banyak peluang untuk dirinya terbabit dalam seni.\rSelepas melihat kejayaannya dalam menghasilkan lagu sendiri sehingga menjadi hit di stesen radio seperti lagu Pulanglah dan Bila Aku Jatuh Cinta, Awi kini sibuk menyiapkan lagu untuk Hazama, Hanya Lelaki Ini dan untuk Iqa, Goodbye.\r\"Saya bersyukur sangat kerana KRU memberi kepercayaan kepada saya untuk menghasilkan lagu buat Iqa bahkan Hazama juga tak sabar menantikan singlenya itu,\" jelasnya yang mahu mengukuhkan jenamanya di negara ini.\rTerkejut melihat namanya tercalon dalam senarai awal pencalonan ABPBH25 membuatkan Johan As\'ari sukar mempercayainya dan berasa bersyukur kerana dipilih. \rBerulang kali melihat namanya di dalam senarai calon terbabit, Johan merasakan impak daripada watak Botak dalam drama bersiri Juvana menyebabkan namanya terpilih.\r\"Bersyukur sangat kerana kepercayaan yang diberikan kepada saya ini. Saya yakin watak dalam drama Juvana dan Cinta Elysa memberi peluang untuk diri saya tercalon dalam anugerah ini. \rMatlamat saya untuk melakukan yang terbaik dalam bidang seni pada masa depan,\" katanya yang akan terbabit dalam drama bersiri, Bila Bulan Sudah Retak.\rBertekad untuk meneruskan kerjaya seninya dengan lebih baik, Johan merasakan terlalu awal untuk memikirkan soal anugerah sebaliknya menyerahkan rezeki itu kepada Ilahi.\rTidak mahu dianggap terlalu ghairah dalam mengejar kejayaan, Johan mahu melihat peningkatan bakatnya diterima masyarakat biarpun lambat untuk meningkat naik.\rBagi Tasha Shilla, pencalonan pertamanya ini di dalam anugerah berprestij ini satu pencapaian yang membanggakan dirinya.\rMalah Tasha menganggap tercalon dalam anugerah sebegini amat baik untuk dirinya bagi melebarkan lagi sayap seninya.\r\"Pemilihan saya selari dengan bakat dan populariti sebab sebelum ini orang tak kenal siapa Tasha Shilla. Kesibukan tugas harian kadang kala menyukarkan saya untuk terbabit dalam sesi fotografi bukan kerana saya tak mahu atau sombong dengan media,\" jelasnya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|