CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 152|Reply: 0

Happy Feet 2 suntik mesej

[Copy link]
Post time 26-11-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
ANDA pasti akan jatuh cinta dan ketawa apabila menyaksikan watak kumpulan comel penguin, udang galah dan beberapa haiwan lain yang ditampilkan secara cukup kreatif dalam filem arahan George Miller, Happy Feet Two, yang menjengah pawagam mulai 17 November lalu.\rTambahan pula watak semua haiwan ini dapat disaksikan dengan lebih jelas menerusi kaca mata 3D, membuatkan tangan penonton seperti mahu menggenggam haiwan comel berkenaan.\r\n\n\n\n\rPada awal-awal babak lagi, mata penonton sudah dipukau apabila animasi komedi ini paparan jutaan penguin menghentak kaki masing-masing sambil menyanyi. Sungguh ceria dan menakjubkan! Mereka bukan saja penguin yang comel, malah berbakat menyanyi dan menari.\r\r\n\n\n\n\nIstimewanya, hentakan kaki kumpulan penguin itu bukan sekadar hiburan kepada kelompok mereka sendiri, tetapi lebih kepada merapatkan hubungan selain membantu mencairkan ais yang semakin menebal melitupi \'kediaman\'.\rHaiwan terbabit tidak mahu menyaksikan kutub mereka diwarnai salji putih, tetapi perlu ditukar kepada warna hijau supaya mereka tidak terlalu kesejukan.\rPengarah dilihat bukan saja mampu menceriakan penonton dengan dialog kelakar daripada barisan watak haiwan berkenaan, tetapi dia juga memperkenalkan pelbagai rupa jenis penguin yang wujud di muka dunia.\rSeperti yang kita maklum, ada 18 populasi penguin yang menghuni beberapa kawasan di dunia seperti Antartika, Afrika Selatan mahupun New Zealand. Hampir setengah populasi ini divisualkan pengarah dengan cukup kreatif. Ada yang bermata kuning, berwajah hitam pekat dan ada juga yang digambarkan sebagai penguin berparuh besar.\r\n\n\n\n\rJalan cerita yang dipersembahkan Happy Feet Two ini dilihat sebagai kesinambungan kepada Happy Feet yang sebelum ini turut mendapat tempat di hati penonton.\rHappy Feet Two mengisahkan anak lelaki kepada penguin Mumble bernama Erik yang sedaya upaya berusaha untuk merealisasikan impiannya untuk menguasai dunia penguin dengan cara yang berbeza.\rErik yang kerap kali membuatkan penonton tidak lupa untuk ketawa dengan lontaran dialognya seperti \'jika anda mahu, anda mesti lakukan dan ia akan menjadi milik anda\' dengan nada yang begitu mengusik jiwa.\rDialog ini cukup tepat diketengahkan dengan babak yang berlaku di dalamnya, seperti adegan Erik yang sangat taksub untuk terbang walaupun hakikatnya seekor penguin tidak boleh berbuat demikian.\rBagaikan anak kecil yang merengek-rengek minta diberikan kesaktian untuk terbang, begitulah watak Erik. Dia ingin terbang seperti Mighthy Sven, yang datang dari koloni lain. Akhirnya Erik sedar penguin tidak akan boleh terbang seperti burung lain, dan dia juga mula melihat kelebihan kelompok mereka yang berbakat menyanyi sambil menghentak kaki.\rAnimasi menghiburkan ini bukan sekadar paparan kehidupan penguin, tetapi juga ia turut disuntik mesej berguna buat penonton. Ia sarat dengan dengan nilai kasih-sayang, kekeluargaan dan tidak ketinggalan kesedihan yang diselang selikan dengan kerjasama serta kesungguhan dalam mempertahankan nilai perjuangan.\rSelain itu, Happy Feet Two juga tidak lupa menyentuh soal tanggungjawab kita menjaga planet bumi. Andainya ia tidak dipelihara, suatu hari makhluk yang menghuninya bakal ditimpa bencana, sebagaimana penguin itu sendiri yang sukar mencari makan apabila kutub didiami mereka mengalami perubahan.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:03 PM GMT+8 , Processed in 0.743728 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list