CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 146|Reply: 0

Anzalna keletihan

[Copy link]
Post time 23-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Belum ada masa rehat secukupnya\rANZALNA, adalah antara puluhan bakat baru yang diketengahkan dalam lakonan sepanjang tahun ini. \r\n\n\n\n\rDalam drama yang dibintanginya, namanya sering dikaitkan dengan watak penggoda. Mungkin kerana susuk tubuh dan raut wajahnya sesuai dengan watak seperti itu.\r\r\n\n\n\n\nDiakui sendiri, mungkin matanya yang bundar, penampilannya yang mempengaruhi pengarah atau penerbit menawarkannya karakter yang mencairkan hati lelaki. Namun Nur Anzalna Md Nasir tidak mengeluh mahu pun menolak.\rBagi gadis berusia 23 tahun ini, ia bukan saja memantapkan profilnya tetapi juga satu penerimaan yang positif ke atas dirinya sebagai bakat baru dalam bidang lakonan.\rNamun, memang bukan itu saja yang mahu diharapkan. Sama seperti pelakon lain, dia juga mahu mencuba atau dicuba dengan peranan lain, yang tidak pernah terfikir oleh dirinya. \rIni untuk membuktikan dia juga mampu mempelbagaikan kebolehannya. Justeru, Anzalna berasakan dirinya sedia diberikan ujian dengan aksi lasak, mencabar fizikal dan mentalnya ketika berada di lokasi penggambaran.\r\n\n\n\rBagaimanapun, melihat kepada usianya, dia sedar semua itu tidak boleh digapai dengan terburu-buru. Masih ada masa lagi. \rPelakon dari Pulau Pinang ini bakal muncul dengan drama terbarunya Gemersik Kalbu terbitan Global Station dengan memegang watak perempuan jahat bernama Tasha.\r“Pertama kali bekerja dengan produksi ini ialah menerusi drama Suria di Cordoba, dan ini adalah drama kedua bersama mereka. Namun bekerja di bawah arahan pengarah, abang Heykal (Heykal Haniffah), ini adalah yang pertama kali. \r“Melihat kepada pembabitan saya dalam dunia lakonan, tahun ini saja saya sudah menjayakan tiga drama termasuk Ramadan Terakhir dan sebuah telefilem. Manakala, dua filem yang saya bintangi akan ditayangkan tahun depan iaitu Taikun dan Sepah The Movie.\r“Sebenarnya saya baru saja habis dengan penggambaran filem Sepah The Movie dan kini saya sedang terbabit dengan penggambaran drama Gemersik Kalbu yang akan disiarkan 2 Januari nanti.\r“Sememangnya saya sangat penat serta stress dengan aktiviti penggambaran tanpa henti dan satu demi satu tawaran yang saya jayakan tanpa rehat. Saya mengambil keputusan, selepas habis saja komitmen saya bersama Global Station ini, saya mahu berehat sebentar sebelum mula berlakon kembali,” katanya yang berkebolehan bertutur bahasa Perancis dengan baik. \rManakala, beralih kepada sisi peribadi, terus terang gadis berambut panjang mengurai ini mengatakan dia sememangnya sudah berpunya. Tidak ramai pelakon baru sepertinya yang mengakui diri mereka sudah berpunya, ada yang ingin menjaga reputasi agar ‘saham’ tidak jatuh, namun berbeza bagi Anzalna yang tidak berteka-teki dalam hubungan cintanya.\rWalaupun dalam keadaan penuh segan silu, Anzalna tidak kedekut untuk mendedahkan serba sedikit mengenai teman istimewanya itu. Akuinya, teman lelakinya itu adalah di kalangan orang biasa dan mereka sudah saling mengenali sejak berumur 17 tahun lagi.\r“Kami sudah kenal lama dan saya masih ingat saya kenal dia melalui laman sosial Myspace, dan pada masa itu saya menetap di Australia. Dia seorang yang cukup sempurna bagi saya dan saya selesa bersama dengannya memandangkan berkongsi usia yang sama. \r“Walaupun begitu, saya tidak mahu menceritakan terlalu banyak mengenai dirinya, nanti syok sendiri. Dia baru saja habis belajar dan perjalanan kami berdua masih jauh,” katanya sambil mengakui kedua-dua pihak sudah mengenali keluarga masing-masing dan sama-sama matang dalam menjayakan hubungan tersebut. \rABPBH2011 bagi kejutan\rDI sebalik itu, meluahkan perasaannya apabila ditanya mengenai namanya disenaraikan di antara 20 pendatang baru paling popular di dalam kategori Artis Wanita Baru bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011), Anzalna akui dia sangat terkejut.\rCeritanya, “Secara jujur memang saya terkejut, itu pun selepas membaca sendiri Berita Harian dan melihat nama saya turut tersenarai. Saya langsung tidak sangka nama saya akan dicalonkan di kalangan ramai lagi yang popular.\r“Apatah lagi kawan saya, Ramona Zamzam yang sudah berlakon lama dari saya tapi tidak dicalonkan, itu membuatkan saya lagi terkejut. Dia menyertai dunia seni sebelum saya lagi, dan siapa saya untuk dicalonkan.\r“Apa pun, saya bersyukur kerana berpeluang dan saya tidak rasa saya akan disenarai pendek sehingga ke top 5 serta saya tidak berharap sangat memandangkan yang lain lebih bagus dari saya. \r“Pada pendapat saya, lima yang akan tersenarai nanti adalah seperti Tasha Shilla, Izara Aishah, Neelofa, Fathia dan Ika Farhana,” katanya dengan penuh rendah diri.\rPROFIL\rNAMA PENUH: Nur Anzalna Md Nasir\rTARIKH LAHIR: 9 Januari 1988\rUSIA: 23 Tahun\rTEMPAT LAHIR: Pulau Pinang\rPENDIDIKAN: Diploma Bahasa Perancis dari Launceston College, Tasmania, Australia\rKERJAYA: Model, pelakon\rDRAMA: Suria Di Cardoba, Ramadan Terakhir, Gemersik Kalbu\rFILEM: Sepah The Movie, Taikun\rIKLAN: Trenz (siaran TV Indonesia), Celcom, French Oil, ECPI

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:12 PM GMT+8 , Processed in 0.606609 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list